SUKAN
Ronaldo dinobat Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Liga Portugal

Ronaldo kini penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki dengan 141 gol daripada 223 penampilan bersama Portugal. - Gambar fail/Reuters
BINTANG sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo menerima pengiktirafan berprestij apabila dianugerahkan gelaran 'Best of All Time' oleh Liga Bola Sepak Portugal.
Ringkasan AI
- Cristiano Ronaldo dianugerahkan gelaran 'Best of All Time' oleh Liga Bola Sepak Portugal sebagai penghormatan atas kerjaya gemilang dan pengaruh luar biasa dalam dunia bola sepak.
- Ronaldo kini penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki dengan 141 gol daripada 223 penampilan bersama Portugal.
- Beliau turut menyamai rekod penjaring terbanyak Kelayakan Piala Dunia dengan 39 gol, menyamai rekod milik Carlos Ruiz dari Guatemala.
“CR7 diberi penghormatan dengan anugerah Best of All Time, satu pengiktirafan selepas persembahan cukup gemilang dalam kerjayanya.
“Dikenali kerana etika kerja, daya saing dan ketepatan dalam detik-detik penting, pengaruh Cristiano Ronaldo jauh melangkaui angka statistik.
"Antara rekod individu, kejuaraan berpasukan serta pengaruh di media, beliau membina legasi yang meletakkannya sebagai yang terbaik sepanjang zaman,” tulis Liga Portugal.
Ronaldo, pemenang lima kali Ballon d’Or tidak dapat hadir ke majlis di Porto namun menghantar rakaman video sebagai tanda penghargaan.
“Saya ingin berterima kasih kepada Liga atas anugerah pemain terbaik sepanjang zaman ini. Seperti yang anda boleh bayangkan, ia satu penghormatan besar bagi negara saya.
"Saya mahu ucap terima kasih kepada semua rakan sepasukan, jurulatih serta semua yang telah membantu saya menjadi lebih baik,” kata penyerang Al Nassr itu.
Awal minggu ini, Ronaldo turut menyamai rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Kelayakan Piala Dunia selepas menjaringkan gol penalti ketika Portugal menewaskan Hungary 3-2.
Ia juga merupakan gol ke-39 beliau dalam saingan kelayakan, menyamai rekod milik Carlos Ruiz dari Guatemala.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami