awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo gembira manfaat keputusan seri Inter

Astro Arena
Astro Arena
20/01/2020
00:38 MYT
Ronaldo gembira manfaat keputusan seri Inter
Reaksi Cristiano Ronaldo selepas menjaringkan gol untuk Juventus ketika menentang Parma dalam perlawanan Serie A Itali di Stadium Allianz, Torino, Itali, 19 Jan, 2020. (Foto AP)
CRISTIANO Ronaldo mengakui kepenting kemenangan Juventus ke atas Parma selepas pencabar gelaran Serie A, Inter seri dengan Lecce.
Ronaldo menjaringkan kedua-dua gol ketika merakamkan kemenangan 2-1 di laman sendiri dan kini berkelebihan empat mata ke atas Inter selepas skuad kendalian Antonio Conte terikat 1-1.
Penyerang kebangsaan Portugal, Ronaldo, muncul inpirasi pasukan dengan prestasi yang menakjubkan, namun menilai kemenangan pasukan lebih penting berbanding prestasi individu.
"Perkara paling penting adalah kami menang," katanya. "Lazio menang, Inter seri, dan kami tidak boleh melepaskan peluang mencipta kemenangan.
"Ia adalah perlawanan yang sukar, kerana Parma sebuah pasukan yang mampu menghadirkan masalah kepada Juventus.
"Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan dengan dua jaringan saya, tetapi perkara paling penting adalah tiga mata yang diraih.
"Mereka menghasilkan lebih banyak peluang dalam separuh masa kedua -- kami agak bimbang pada penghujung permainan, tetapi berjaya memastikan kemenangan dalam perlawanan ini."
Juve bakal berkunjung ke Napoli dalam aksi Serie A seterusnya namun perlu berdepan Roma terlebih dahulu dalam aksi suku akhir Piala Itali.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Inter
#Juventus
#Lecce
#Parma
#Portugal
#Serie A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan