awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 ditarik balik - Fahmi Fadzil
NRES diarah beri penjelasan '3 kampung Indonesia kini jadi wilayah Malaysia' - Fahmi Fadzil
10 ajaran sesat dikesan aktif di Malaysia - KP Jakim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rossi beralih ke perlumbaan empat roda

Astro Arena
Astro Arena
14/01/2022
04:20 MYT
Rossi beralih ke perlumbaan empat roda
Ikon Itali itu yang merupakan juara dunia tujuh kali mengumumkan pengundurannya dalam kancah MotoGP pada usia 42 tahun.- Gambar fail/AP
LEGENDA MotoGP, Valentino Rossi, akan beralih kepada perlumbaan empat roda untuk menjadi pemandu Pasukan WRT dalam Kejohanan Dunia GT.
Rossi menamatkan kerjaya MotoGP yang luar biasanya pada November lalu dengan menduduki tempat ke-10 dalam perlumbaan terakhirnya menerusi Grand Prix (GP) Valencia.
Ikon Itali itu yang merupakan juara dunia tujuh kali mengumumkan pengundurannya dalam kancah MotoGP pada usia 42 tahun.
Tetapi Rossi telah bersetuju untuk mengambil cabaran dalam perlumbaan baru selepas diuji dengan Pasukan WRT di Valencia, bulan lalu.
Dia akan menjadi pemandu rasmi Audi dengan mengambil bahagian dalam perlumbaan 10 pusingan Piala Endurance dan Piala Sprint.
Rossi berkata: "Saya gembira dapat menyertai Pasukan WRT untuk saingan penuh Cabaran Eropah Fanatec GT World untuk program AWS.
"Semua orang tahu bahawa saya sentiasa menjadi peminat perlumbaan kereta dan saya sentiasa berminat untuk berlumba dengan empat roda sebaik sahaja karier MotoGP saya berakhir.
“Kini saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menumpukan perhatian kepada perlumbaan kereta di tahap tinggi dan dengan pendekatan profesional yang betul.
"Pasukan WRT adalah kesesuaian yang saya mahukan dan saya teruja untuk memulakan pengembaraan baru ini dalam GT World."
Topic Berkaitan
#MotoGP
#Valentino Rossi
#pemandu Pasukan WRT
#GT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan