awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah FC kehilangan dua tonggak utama menentang JDT Sabtu ini

Bernama
Bernama
12/07/2024
02:00 MYT
Sabah FC kehilangan dua tonggak utama menentang JDT Sabtu ini
Ong Kim Swee berkata, kedua-dua pemain berkenaan iaitu Saddil Ramdani dan Darren Lok masih mengalami kecederaan dan sudah pasti akan memberi satu cabaran besar, namun beberapa pemain lain bersedia mengambil alih posisi mereka.
KOTA KINABALU: Sabah FC kehilangan khidmat dua tonggak utama menjelang aksi pertemuan Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Likas esok.
Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, kedua-dua pemain berkenaan iaitu Saddil Ramdani dan Darren Lok masih mengalami kecederaan dan sudah pasti akan memberi satu cabaran besar, namun beberapa pemain lain bersedia mengambil alih posisi mereka.
"Perlawanan ini sangat berbeza, sudah tentu melibatkan kedudukan liga ... kita tahu perlawanan Sabtu ini sangat penting dan lebih-lebih lagi bermain dengan pasukan JDT.
"Bukan satu perkara yang mudah, tetapi kita harus memberikan saingan hebat serta memastikan Sabah FC dapat beraksi dengan lebih baik terutama selepas tewas dua perlawanan dengan Terengganu FC baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemain harus melupakan kekalahan itu dengan menumpukan pada perlawanan esok agar dapat mengembalikan prestasi sebenar mereka.
"Saya tahu ramai pihak yang kecewa, namun kita harus teruskan ... perkara ini penting untuk mendapatkan sokongan berterusan terutama daripada para penyokong yang sememangnya akan memberi impak yang sangat berlainan," katanya.
Kim Swee berkata, dengan adanya kehadiran penyokong yang ramai di Stadium Likas, sudah pasti semangat pemain akan meningkat sekali gus memberikan motivasi yang cukup positif pada perlawanan esok. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#JDT
#dua tonggak utama JDT
#Ong Kim Swee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan