KOTA KINABALU: Sabah FC mengambil keputusan merehatkan ketua jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak susulan prestasi hambar The Rhinos kebelakangan ini.
Pengurus pasukan Marzuki Nasir berkata dalam tempoh itu penolong jurulatih Burhan Ajui akan menggalas tugas Kurniawan buat sementara waktu manakala Jelius Ating dilantik sebagai penolong pengurus Sabah FC baharu, yang mana kedua-duanya merupakan bekas pemain negeri.
"Kita yakin pengalaman yang dimiliki kedua-dua mereka ketika bersama-sama pasukan Sabah sejak 2017. Ini sudah tentu akan dapat membantu pasukan dalam mengharungi baki perlawanan sekali gus terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabah FC tewas mengejut 0-4 kepada pasukan tercorot, UiTM FC dalam saingan Liga Super 2021 di Stadium UiTM di Shah Alam, Selangor malam tadi.
Marzuki berkata pihak pengurusan sangat kecewa dengan prestasi hambar Sabah FC selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir pasukan skuad The Rhinos itu.
"Setakat ini semua kebajikan pemain serta pegawai pasukan sentiasa dijaga dan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan Sabah FC," katanya.
Sabah FC berharap agar semua pihak khususnya penyokong sentiasa memberikan sokongan padu serta kepercayaan kepada pasukan sekali gus mengembalikan prestasi cemerlang mereka dalam tempoh terdekat.
Selepas 20 perlawanan, Sabah FC menghuni tangga ketujuh liga dengan 19 mata selepas empat kemenangan tujuh seri dan sembilan kekalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021

Sabah FC mengambil keputusan merehatkan ketua jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. - Gambar fail

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Serangan Tehran | Segera bawa ke muka pengadilan
Malaysia menggesa agar pelaku serangan bersenjata di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran pada 27 Januari segera dibawa ke muka pengadilan.

Sabah FC rehatkan ketua jurulatih Kurniawan - Pengurus
Sabah FC mengambil keputusan merehatkan ketua jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sabah FC manfaatkan kem latihan di Johor cari keserasian, kecergasan
Skuad Sabah FC tiba di Johor Bahru pada Jumaat lepas bagi menjalani kem latihan itu dan telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang JDT II.

Jangan menyerah kalah dengan JDT - Kurniawan
Melihat pada keputusan dua perlawanan terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, senario itu pasti akan meresahkan mana-mana pasukan.

Kurniawan pengendali baru Tambadau
Kurniawan adalah penjaring terbanyak sepanjang masa Indonesia ketika ini dan beliau akan membimbing skuad Tambadau untuk tempoh semusim bermula 20 Dis.