awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Anwar, Prabowo gesa keamanan lebih luas di Asia Barat
MALAYSIA
Love Scam: Pengurus analisis rugi RM300,000 ditipu lelaki dakwa warga Amerika Syarikat
DUNIA
Tiada perjanjian dicapai untuk sambung rundingan dengan AS, kata Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Safee Sali letak jawatan Presiden PFAM

Bernama
Bernama
27/06/2025
10:15 MYT
Sponsor Banner
Safee Sali letak jawatan Presiden PFAM
Safee Sali memaklumkan bukan mudah untuk beliau membuat keputusan itu, namun percaya ini masa yang tepat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Ringkasan AI
  • Safee Sali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden PFAM selepas berkhidmat sejak 2019, bagi memberi peluang kepada generasi muda memimpin dan membawa idea baharu.
  • Beliau menyatakan penghargaan atas peluang berkhidmat dan yakin pemimpin baharu akan membawa semangat serta perubahan positif demi kemajuan bola sepak negara.
  • Safee turut menekankan pentingnya perspektif inovatif dalam pembangunan bola sepak global dan berharap PFAM terus maju di bawah kepimpinan baharu.

Safee dalam kenyataan hari ini memaklumkan bukan mudah untuk beliau membuat keputusan itu, namun percaya ini masa yang tepat bagi memberi peluang kepada generasi muda mengambil alih peranan serta memimpin persatuan ke era baharu.
"Sudah tiba masanya untuk saya berundur dan memberi peluang kepada generasi muda memimpin. Saya yakin memperkenalkan perspektif baharu dan idea-idea inovatif penting untuk pembangunan bola sepak secara global.
"Satu penghormatan dapat berkhidmat dalam jawatan ini dan saya bangga dengan segala pencapaian yang telah kita raih bersama sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Tanggungjawab saya sebagai presiden PFAM sudah selesai setakat ini sejak 2019 hingga hari ini," katanya dalam kenyataan menerusi laman Instagram.
Safee berkata beliau yakin bakal pemimpin persatuan itu akan membawa semangat baharu atas kecintaan mereka terhadap sukan itu dan beliau menantikan perubahan positif yang akan mereka lakukan demi kemajuan sukan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#safee sali
#PFAM
#letak jawatan
#bola sepak malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami