MESKIPUN sudah mencipta pelbagai kejayaan dalam kancah bola sepak tempatan, pemain berpengalaman, Safiq Rahim, mengakui masih mendahagakan kejayaan selepas membantu Melaka menewaskan Kedah 1-0 di Stadium Hang Jebat, kelmarin.
Menerusi sepakan penjurunya, Safiq membantu penyerang import Melaka, Anselmo Casagrande, menjaringkan gol tunggal yang menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan buat skuad Hang Tuah itu.
Baginya, kemenangan itu penting bagi memastikan Melaka terus bersaing dalam Liga Super musim ini.
"Syukur Alhamdulillah, kami kembali ke landasan yang betul hasil kerja keras semua pihak.
"Saya berharap rentak kemenangan ini akan berkekalan dan kami menyasarkan untuk mendapatkan tiga mata lagi dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super (menentang Felda United, Jumaat ini).
"Ia penting bagi memastikan kami kekal bersaing dalam liga," katanya.
Ditanya mengenai pretasi semasanya dalam skuad Melaka, bekas kapten pasukan kebangsaan itu menambah: "Saya sudah beraksi dalam kebanyakan perlawanan musim ini dan saya mahu berterima kasih kepada semua rakan sepasukan yang banyak membantu saya.
"Saya masih mendahagakan kejayaan. Saya masih mahu mencipta sejarah untuk diri saya.
"Apa yang penting, pasukan ini perlu bersama-sama mengecap kejayaan dan bukannya secara individu," tambahnya.
Astro Arena
Tue Apr 23 2019

Safiq Rahim membantu Melaka menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan selepas menewaskan Kedah 1-0. - Foto Stadium Astro.

9 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, antaranya babit majlis sosial, keagamaan
Sebanyak sembilan kluster baharu telah dikenal pasti hari ini membabitkan Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah, Melaka dan Johor.

AWANI Ringkas: Kemungkinan gelombang keempat, perlu SOP komprehensif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [13/04/2021] - Kakitangan tambahan ke Sarawak | Berwakaf melalui potongan gaji | Rindu Ramadan di kampung AWANI 7:45 [13/04/2021] - Kakitangan tambahan ke Sarawak | Berwakaf melalui potongan gaji | Rindu Ramadan di kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899634/15146777321618321750295_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [13/04/2021] - Kakitangan tambahan ke Sarawak | Berwakaf melalui potongan gaji | Rindu Ramadan di kampung
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Bazar Ramadan tak patuh SOP di Pahang akan diarah tutup serta-merta
Pihak berkuasa memandang serius isu pelanggaran SOP yang boleh menyebabkan penularan COVID-19.

SIC diarah tangguh semua kejohanan drag
KBS memaklumkan, penangguhan itu berkuat kuasa sehingga pihaknya berpuas hati dengan penilaian semula dan penambahbaikan, ke atas protokol pengurusan venue di SIC.

Banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara
Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan sejak 4.30 petang tadi.

Maqis rampas daging kerbau sejuk beku dari India lebih RM500,000
Sebanyak 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit sah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Isnin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANIxGEMPAK | Azhar Osman kembali dengan 'Ternyata'
Betahun lamanya tidak mendengar berita pelakon dan penyanyi, Azhar Osman, akhirnya dia kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharu berjudul Ternyata.

Operasi Automatik Jadi Pendorong Baharu Pelabuhan Tianjin
Pelabuhan Tianjin, pelabuhan terbesar di utara China dan pintu masuk maritim utama ke Beijing menerima suntikan semangat baharu dengan pelaksanaan sistem operasi automatik. Kini, kontena dari kapal kargo dianggkat secara automatik oleh kren dan diletakkan di atas trak tanpa pemandu yang boleh menavigasi pelabuhan itu dengan sendirinya.

SAM sambut baik kelonggaran MFL kepada petugas media
Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) menyambut baik keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang memberikan kelonggaran antaranya membenarkan media membuat liputan ketika sesi latihan pasuk

SOP kehadiran penonton ke stadium di Sarawak diumum dalam masa terdekat
Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kehadiran pengunjung ke stadium dalam masa terdekat.

Reezal Merican rayu peminat beri kerjasama di stadium
Reezal Merican minta penonton patuh kepada SOP yang ditetapkan tuan rumah perlawanan Liga Malaysia.

Kehadiran penonton ke stadium lebih awal tidak mustahil - Reezal Merican
Ketika ini, MFL hanya perlu memperincikan protokol pengurusan sukan supaya ia tidak melanggar SOP pelaksanaan PKP sedia ada.

Faiz Subri sah milik Kuala Kangsar FC
Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri akhirnya sah menjadi milik pasukan Kuala Kangsar FC atau KKFC yang akan bersaing dalam Liga M3 musim 2021 bermula Jun depan.

Bahang makin terasa, Liga M buka tirai hari ini
Perlawanan pertama yang bakal mengambil tempat ialah aksi Piala Sumbangsih apabila JDT menentang Kedah Darul Aman FC.

Perak FC perkenal jersi baharu tajaan syarikat tempatan
Jersi rasmi pasukan The Bos Gaurus ditaja sebuah syarikat tempatan, Kaki Jersi Sdn. Bhd. (KJ).

Liga-M masih mempunyai nilai tinggi - Pemerhati sukan
Ini dibuktikan dengan jumlah besar itu diperoleh pada musim ini, ketika situasi penularan COVID-19 masih tidak menentu dan kehadiran penonton di stadium masih tidak dibenarkan.

'Messi Kedah' sah dipinjamkan ke Perak FC musim ini
Pemain yang diberi jolokan 'Messi Kedah' itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.

Cheng Hoe lega saingan Liga-M 2021 bermula 5 Mac
Tan Cheng Hoe kini mampu menarik nafas lega dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia untuk memulakan saingan Liga-M 2021 pada 5 Mac ini.