awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, RON97 dan RON95 kekal
SARA: Kerajaan teliti perluas barangan boleh dibeli termasuk makanan sejuk beku
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saingan Paralimpik lebih mencabar - Rauf

Astro Arena
Astro Arena
20/09/2016
05:59 MYT
Saingan Paralimpik lebih mencabar - Rauf
Rauf Nur Misbah terbabit bersama skuad berbasikal Paralimpik negara, sebagai pelumba pilot. - Foto Bernama
PENGALAMAN beraksi dalam Sukan Paralimpik Rio 2016 memberikan kenangan tersendiri buat Rauf Nur Misbah yang terbabit bersama skuad berbasikal para negara, sebagai pelumba pilot.
Rauf merupakan sebahagian daripada pelumba dalam program Kita Juara, untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.
Namun, ketika ini dia dipinjamkan kepada skuad berbasikal para bagi membantu Khairul Hazwan Wahab yang mengambil bahagian dalam dua acara saingan lebuh raya di Paralimpik Rio.
Dia bersama Hazwan menamatkan acara ujian masa di kedudukan ke-18, daripada 23 pelumba, manakala acara lebuh raya menyaksikan mereka menduduki tempat ke-14.
“Saingan di pentas Paralimpik amat mencabar kerana perlumbaan lebih laju dan keadaan angin di sini menyukarkan kami. Kami mengalami masalah teknikal, tetapi kami bersyukur dapat menamatkan saingan,” kata Rauf.
Dalam pada itu, Rauf mengakui masih belum ada program khusus buat skuad lebuh raya untuk menghadapi Sukan SEA 2017.
Setakat ini, namanya hanya tersenarai dalam acara berpasukan ujian masa.
Lantas, dia ingin memberikan tumpuan membantu skuad berbasikal para terlebih dahulu untuk terus menggilap potensi pelumba sedia ada kerana khidmat dan pengalamannya amat diperlukan sebagai pelumba pilot bagi basikal seiringan.
“Program latihan masih belum diberikan lagi, untuk persiapan perlumbaan jalan raya, TSG (Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu) yang telah melatih kami, manakala acara berpasukan ujian masa diuruskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).”
Topic Berkaitan
#Kita Juara
#Paralimpik Rio
#pelumba basikal
#Rauf Nur Misbah
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan