awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saliba kekal komited bersama Arsenal dengan kontrak jangka panjang baharu

Astro Arena
Astro Arena
08/07/2023
05:31 MYT
Saliba kekal komited bersama Arsenal dengan kontrak jangka panjang baharu
Persetujuan antara kedua-dua pihak akhirnya telah dicapai yang mengikat Saliba dengan kelab itu dalam perjanjian empat tahun. - Stadium Astro
WILLIAM SALIBA telah menjadi tonggak utama Arsenal selepas memberikan masa depannya kepada kelab itu selepas menandatangani kontrak jangka panjang baharu.
Pemain pertahanan Perancis itu memainkan peranan penting ketika The Gunners akhirnya gagal dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu dan kini telah bersetuju dengan kontrak baharu di Stadium Emirates.
Saliba, 22, yang beraksi sepanjang musim sehingga mengalami kecederaan belakang semasa kekalahan Liga Europa kepada Sporting pada pertengahan Mac -- masalah yang memaksanya untuk diketepikan untuk baki musim.
Tanpa kelibatnya, pasukan kendalian Mikel Arteta hilang rentak dan dipintas Manchester City yang akhirnya berjaya mengekalkan gelaran mereka.
Persetujuan antara kedua-dua pihak akhirnya telah dicapai yang mengikat Saliba dengan kelab itu dalam perjanjian empat tahun.
"Saya dilahirkan di utara Paris, tetapi menjadi dewasa di utara London," kata Saliba.
“Memperoleh keyakinan daripada pengendali dan kelab, kemudian mendapat kasih sayang dan sokongan anda membuatkan saya seperti memiliki ketinggan 10 kaki… jadi terima kasih Gooners, ini untuk anda. Kami terus bersama dan maju ke hadapan." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#William Saliba
#Arsenal
#kontrak baharu
#Pemain pertahanan Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan