awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salt Bae dikecam pegang trofi Piala Dunia, bergambar dengan Messi

Agensi
Agensi
21/12/2022
03:47 MYT
Salt Bae dikecam pegang trofi Piala Dunia, bergambar dengan Messi
Salt Bae dikecam kerana memegang trofi Piala Dunia setelah didakwa 'menceroboh masuk' padang Stadium Lusail selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada 18 Disember lalu. - Instagram Nusr_et#Saltbae
CEF selebriti, Salt Bae dikecam lagi.
Kalau sebelum ini, dia dikritik kerana harga sajian di restorannya yang didakwa tidak masuk akal, kali ini melibatkan isu yang lebih besar lagi.
Terbaharu, Salt Bae dikecam kerana memegang trofi Piala Dunia setelah dikatakan 'menceroboh masuk' padang Stadium Lusail selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di antara Argentina dan Perancis pada 18 Disember lalu.
Cef yang berasal dari Turki itu turut memuat naik gambarnya bersama beberapa pemain pasukan Argentina sambil memegang trofi tersebut.
Dia juga dilihat membuat 'aksi menabur garam' pada trofi yang menjadi idaman pasukan bola sepak seluruh dunia itu.
Dalam pada itu, Salt Bae juga sempat bergambar bersama kapten pasukan kebangsaan Argentina, Lionel Messi walaupun pada mulanya bintang bola sepak itu seakan tidak mahu melayan Salt Bae yang dilihat memanggil-manggilnya untuk bergambar.
Even Messi knows salt bae is a hack pic.twitter.com/c457o1GnHt
— Z Bo (@zekedabolina) December 18, 2022
Akses mudah Salt Bae di padang stadium yang menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia itu juga mula dipersoalkan netizen.
Antaranya, hubungan cef itu dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dilaporkan menjadi punca dia dengan mudah masuk ke padang stadium dan memegang trofi Piala Dunia.
View this post on Instagram
A post shared by Nusr_et#Saltbae (@nusr_et)
Netizen juga percaya perbuatan kontroversi Salt Bae itu menyalahi undang-undang ditetapkan.
Pada perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022, Argentina muncul juara selepas menundukkan juara bertahan Perancis melalui penentuan sepakan penalti 4-2 di Stadium Lusail, Doha.
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#Salt Bae
#Lionel Messi
#pegang trofi Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan