awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salt Bae kini di bawah siasatan FIFA

Astro Arena
Astro Arena
23/12/2022
01:50 MYT
Salt Bae kini di bawah siasatan FIFA
FIFA sedang menyiasat bagaimana Salt Bae mendapat akses yang tidak sepatutnya ke padang selepas majlis penutupan Piala Dunia Qatar di Stadium Lusail pada 18 Dis lalu. - Foto Instagram Nusr_et#Saltbae
FIFA sedang menyiasat bagaimana cef selebriti, Salt Bae, mendapat akses ke perayaan di padang bersama Argentina selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar.
Salt Bae, chef Turki dan nama sebenarnya Nusret Gokce, menyiarkan beberapa gambar dirinya bersama trofi Piala Dunia di media sosial selepas perlawanan Ahad.
Chef itu, yang memiliki rangkaian restoran stik mewah dan menjadi terkenal melalui beberapa siri video internet yang tular pada 2017, juga dilihat cuba bergambar dengan Lionel Messi dan beberapa rakan sepasukan Argentina.
Kehadirannya sejurus selepas penyampaian trofi itu kini menjadi subjek siasatan FIFA selepas mendapat kritikan meluas.
BACA: Salt Bae dikecam pegang trofi Piala Dunia, bergambar dengan Messi
Kenyataan yang dilaporkan secara meluas daripada badan induk bola sepak dunia berbunyi, "Berikutan semakan, FIFA sedang melakukan siasatan bagaimana individu mendapat akses yang tidak sepatutnya ke padang selepas majlis penutupan di stadium Lusail pada 18 Disember.
"Tindakan dalaman yang sewajarnya akan diambil."
Awal bulan ini, Salt Bae menyiarkan imejnya di Instagram pada perlawanan Piala Dunia bersama presiden FIFA, Gianni Infantino, dan pemain hebat Brazil, Ronaldo, Cafu dan Roberto Carlos.
View this post on Instagram
A post shared by Nusr_et#Saltbae (@nusr_et)
Topic Berkaitan
#Nusret Gokce
#trofi Piala Dunia
#piala dunia qatar
#siasatan FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan