awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan ‘JDT Chapter 2: The 11’ Gah, diwarnai bunga api dan dron cahaya

Bernama
Bernama
27/04/2025
22:45 MYT
Sambutan ‘JDT Chapter 2: The 11’ Gah, diwarnai bunga api dan dron cahaya
Pasukan JDT menjulang Piala Liga Super kali Ke-11 berturut-turut sempena Majlis Penyampaian Piala Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Pertunjukan bunga api dan acara dron bercahaya mewarnai sambutan "Johor Darul Ta'zim (JDT) Chapter 2: The 11" yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, bersempena kejayaan pasukan itu menjuarai Liga Super kali ke-11 berturut-turut.
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyaksikan sambutan gilang-gemilang itu.
Berangkat sama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Majlis penyerahan piala Liga Super disempurnakan Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Dianggarkan lebih 30,000 penyokong membanjiri stadium bagi menyaksikan sambutan itu yang diserikan dengan persembahan artis antarabangsa seperti Busta Rhymes, Fabolous, Big Ben, Onefour dan Jabbawockeez.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik menerusi Karnival 'FanFest' termasuk persembahan artis tempatan seperti Datuk Awie dan DeFam diadakan untuk penyokong Harimau Selatan.
Jualan kendera saji dan barangan turut diadakan di pekarangan letak kereta stadium bermula 2 petang tadi.
Semalam, JDT melengkapkan kejayaan 'triple treble' apabila menjuarai Piala Malaysia 2024/2025 dengan menewaskan Sri Pahang FC 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil setelah memenangi Liga Super dan Piala FA musim ini dan menjuaraikan ketiga-tiga gelaran pada dua musim lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#JDT
#Liga Super
#triple treble
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan