awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanchez jangka sesuatu yang lebih ekoran perhijrahan ke Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
22/03/2018
00:29 MYT
Sanchez jangka sesuatu yang lebih ekoran perhijrahan ke Manchester United
Sanchez menyumbat satu gol sejak beralih dari Arsenal semasa jendela perpindahan Januari lalu sementara Henrikh Mkhitaryan menuju ke arah bertentangan. - Foto Reuters/Paul Childs
ALEXIS Sanchez percaya langkah mengejutnya dari Arsenal ke Manchester United menyumbang kepada permulaan lembabnya di Old Trafford.
Sanchez menyumbat satu gol sejak beralih dari Arsenal semasa jendela perpindahan Januari lalu sementara Henrikh Mkhitaryan menuju ke arah bertentangan.
Jose Mourinho mengakui ia bukan masa yang sesuai untuk menandatangani Sanchez, yang dikaitkan dengan Manchester City dan dijangka menjadi ejen bebas pada akhir musim ini.
BACA: Jose Mourinho macam menyesal beli Sanchez
BACA: Elak cukai, Alexis Sanchez dipenjara 16 bulan
Sanchez, pemain gantian yang tidak digunakan dalam kemenangan suku akhir Piala FA menentang Brighton & Hove Albion -- mengakui dia gagak menjelmakan penampilan meyakinkan sejak menyertai Red Devils.
"Memandangkan saya meletakkan harapan tinggi terhadap diri sendiri, saya menjangka sesuatu yang lebih baik," kata Sanchez semasa tugas antarabangsa dengan Chile.
"Selepas ketibaan saya di United, sukar untuk mengubah segala-galanya dengan segera. Malah, saya juga teragak-agak untuk datang ke sini (ke Sweden bersama Chile)."
Sanchez berkata, dia sempat berbincang dengan ketua pasukan Chile dan penjaga gol Manchester City, Claudio Bravo, mengenai prospek tidak menyertai perlawanan persahabatan menentang Sweden dan Denmark.
"Saya meminta izin untuk diketepikan dan kekal di England, tetapi kemudian saya fikir lebih baik berbincang dengan Claudio (Bravo) dan memberitahunya bahawa kami semua harus bersatu," tambah Sanchez.
"Perubahan kelab adalah sesuatu yang sangat mendadak -- ini adalah kali pertama saya menukar kelab pada Januari -- tetapi banyak perkara yang pernah berlaku dalam kehidupan saya adalah melalui jalan sukar."
Topic Berkaitan
#Alexis Sanchez
#Arsenal
#England
#Jose Mourinho
#Manchester City
#Manchester United
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan