awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasaran tujuh pingat bukan dibuat 'suka-suka' - Ahmad Faizal

Bernama
Bernama
16/06/2022
11:49 MYT
Sasaran tujuh pingat bukan dibuat 'suka-suka' - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal mengingatkan atlet yang bakal membawa cabaran negara pada temasya itu untuk mengejar catatan peribadi terbaik mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sasaran tujuh pingat emas ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England, bulan depan bukan dibuat atas dasar 'suka-suka'.
Sebaliknya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata keputusan itu dilakukan hasil penelitian oleh MOM, Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan-persatuan sukan.
"Sasaran dibuat dengan penuh penelitian dan melihat prestasi atlet dari negara yang mengambil bahagian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Tan Sri Muhyiddin (TSM) ke-12 di West Course, Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di sini, hari ini.
Ditanya mengenai sukan terjun yang tercicir daripada sasaran itu, Ahmad Faizal berkata MOM lebih mengetahui prestasi atlet, sama ada atlet negara atau lawan, yang membuatkan pihak terlibat tidak meletakkan sebarang sasaran.
Pada masa sama beliau mengingatkan atlet yang bakal membawa cabaran negara pada temasya itu untuk mengejar catatan peribadi terbaik mereka.
MOM menyasarkan tujuh emas menerusi badminton (dua emas) manakala gimrama, boling padang, angkat berat dan skuasy serta powerlifting masing-masing satu emas pada temasya tersebut pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
Pada edisi 2018 di Gold Coast, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-12 selepas meraih tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa, manakala pencapaian emas terbanyak adalah pada edisi New Delhi 2010, apabila pasukan negara membawa pulang 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#MOM
#sasaran pingat emas
#Sukan Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan