awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu gol cukup, Haaland kekalkan City ke puncak persaingan

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
05/10/2025
23:10 MYT
Satu gol cukup, Haaland kekalkan City ke puncak persaingan
Gol itu menjadikan koleksi jaringan liga Haaland kepada sembilan gol setakat musim ini, diikuti Antoine Semenyo (Bournemouth) enam gol dalam senarai penjaring. - Gambar Reuters
ERLING Haaland sekali lagi membuktikan sentuhannya ketika Manchester City mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Brentford, sekali gus mengambil kesempatan daripada kegagalan Liverpool dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Penyerang Norway itu hanya memerlukan sembilan minit untuk membuka jaringan, hasil hantaran Josko Gvardiol sebelum menggunakan kekuatan dan ketenangan yang menjadi trademarknya untuk menyempurnakan peluang satu-satunya percubaan tepat beliau dalam perlawanan.
Ia merupakan perlawanan kedua berturut-turut kombinasi Gvardiol–Haaland menghadirkan gol buat City.
Gol itu menjadikan koleksi jaringan liga Haaland kepada sembilan gol setakat musim ini, diikuti Antoine Semenyo (Bournemouth) enam gol dalam senarai penjaring.
Lebih menarik, Haaland kini sudah menjaringkan gol di 22 daripada 23 stadium yang pernah disertainya dalam EPL rekod peratusan tertinggi dalam sejarah pertandingan.
Satu-satunya gelanggang yang belum ditakluki ialah Anfield, tempat beliau gagal menjaringkan gol dalam tiga kunjungan terdahulu.
Namun, kunjungan City ke Liverpool Februari nanti bakal memberi peluang baharu untuknya memadam rekod itu.
Kemenangan ini turut membawa makna besar buat Pep Guardiola, yang meraikan kemenangan ke-250 dalam Liga Perdana Inggeris.
Beliau kini menjadi pengurus keempat mencapai angka tersebut selepas Sir Alex Ferguson, Arsène Wenger dan David Moyes, malah melakukannya dengan terpantas hanya dalam 349 perlawanan.
Dengan Liverpool tewas buat kali kedua berturut-turut, kemenangan tipis City ini mungkin menjadi titik penting dalam persaingan kejuaraan, sekali lagi menegaskan betapa Haaland adalah pemisah sebenar dalam misi juara mereka.
Topic Berkaitan
#Erling Haaland
#Manchester City
#Liga Perdana Inggeris
#Josko Gvardiol
#Gvardiol Haaland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan