KUALA LUMPUR: Nampaknya penerjun negara terpaksa menghadapi penantian yang panjang sebelum kembali melakukan terjunan di kolam renang untuk pertandingan.
Ini adalah kerana Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) belum lagi mengeluarkan sebarang jadual pertandingan untuk kalendar tahun hadapan.
Kali terakhir kem penerjun negara beraksi dalam pertandingan ialah di Sukan Olimpik Tokyo, Jepun yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos lepas.
Bagaimanapun, hanya Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Leong Mun Yee dan Wendy Ng Yan Yee layak ke temasya sukan terbesar dunia itu sementara penerjun yang lain hanya bersorak memberi sokongan kepada rakan sepasukan beribu batu jauhnya dari Malaysia.
Justeru, Malaysia Swimming (MS) merancang untuk menganjurkan pertandingan terjun kebangsaan di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil di sini awal tahun hadapan dalam usaha untuk memberi peluang kepada mereka kembali beraksi.
Setiausaha Agung MS Mae Chen berkata acara itu yang berkemungkinan dianjurkan dalam Februari atau Mac juga menjadi sebuah platform untuk penerjun menyiapkan diri mereka untuk tiga acara sukan besar tahun depan, iaitu Sukan SEA di Hanoi, Vietnam; Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom dan Sukan Asia di Hangzhou, China.
"Kami berharap untuk mendapat lampu hijau daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi menganjurkan pertandingan kebangsaan dalam bulan Februari atau Mac, bergantung kepada keadaan COVID-19 di sini. Saya berharap semuanya berjalan lancar," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Mae juga berharap untuk menghantar jemputan ke negara lain seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan sekiranya pihak berkuasa melonggarkan prosedur operasi standard termasuk proses kuarantin untuk warga asing memasuki negara.
Memandangkan tiada pertandingan untuk mereka sertai sehingga tahun depan, Mae berkata semua penerjun masih lagi berlatih seperti biasa di Bukit Jalil.
Sementara itu, Mae memaklumkan mereka masih menunggu pengesahan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatkan seorang pembantu jurulatih baharu dari China bermula tahun depan.
"Kami berharap untuk mendapatkan beliau (pembantu jurulatih) dalam Januari, hanya menunggu kelulusan daripada MSN kerana mereka masih perlu menunggu peruntukan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2022 penghujung bulan ini,"katanya.
Beliau berkata bekas jurulatih Brazil dan Indonesia akan membantu Jurulatih Terjun Kebangsaan Li Rui dan memberikan lebih tumpuan untuk melatih penerjun elit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee ketika beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Gambar fail/Astro ARENA
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persekutuan Renang Malaysia teroka bakat baharu menerusi program atlet muda
Ia sebahagian usaha bagi memulihkan prestasi sukan terjun susulan persembahan mengecewakan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
Kimberly positif 'masanya akan tiba' ke pentas Olimpik 2028
Kimberly tidak berkecil hati apabila namanya tidak tersenarai dalam acara Olimpik bagi penyertaan di Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Doha, Qatar.
Hari Kebangsaan: Penerjun mendarat selamat dan tepat walaupun angin kuat
Dalam aksi mendebarkan apabila perlu berdepan dengan cabaran angin kuat serta permukaan licin untuk mendarat ekoran hujan pada waktu subuh, enam penerjun dalam acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 masi
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
Piala Dunia: Tiada pingat dari penerjun Malaysia di Berlin
Skuad terjun negara menamatkan cabaran pada Piala Dunia FINA 2022 apabila mereka berada di kedudukan terakhir dalam acara 3m dan 10m.
10m platform: Pandelela gagal naik podium
Atlet dari Sarawak itu berharap akan dapat melakukan terjunan yang lebih konsisten dalam dua lagi acara yang akan disertainya.
Pandelela-Tze Liang tamat saingan di tempat kelima acara berpasukan
Acara yang merupakan gabungan platform 10m dan papan anjal 3m itu menyaksikan Pandelela-Tze Liang mengumpul 350.25 mata.
Sukan SEA Vietnam: Yi Wei-Tze Liang pertahan emas 3m papan anjal seirama
Seperti dijangka, pasangan negara Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang tidak berdepan masalah menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA ke-31 selepas mengungguli final acara 3 meter (m) papan anjal s
Satu lagi penantian panjang untuk penerjun negara?
Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) belum lagi mengeluarkan sebarang jadual pertandingan untuk kalendar tahun hadapan.