awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu pukulan kecewakan Malaysia pada Pusingan Kelayakan ASEAN Golf Maybank 2025

Bernama
Bernama
13/08/2025
11:00 MYT
Satu pukulan kecewakan Malaysia pada Pusingan Kelayakan ASEAN Golf Maybank 2025
Pemain golf Malaysia Genevieve Ling ketika beraksi pada Pusingan Kelayakan ASEAN Kejohanan Golf Maybank 2025 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Suasana sedih menyelubungi Malaysia pada Pusingan Kelayakan ASEAN Kejohanan Golf Maybank 2025 hari ini, selepas dua pemain wanita negara Ng Jing Xuen dan Genevieve Ling ketinggalan hanya satu pukulan untuk melayakkan diri ke kejohanan berprestij itu.

Ringkasan AI
  • Dua pemain wanita Malaysia, Ng Jing Xuen dan Genevieve Ling, gagal layak ke Kejohanan Golf Maybank 2025 selepas ketinggalan hanya satu pukulan dalam Pusingan Kelayakan ASEAN.
  • Kritchanya Kaopattanaskul muncul juara dengan tujuh bawah par 137 dan turut mencatat pukulan selubang pertama dalam kariernya.
  • Jing Xuen berpuas hati dengan prestasi walaupun kecewa, dan Kritchanya kini bersedia menghadapi kejohanan utama yang akan berlangsung di KLGCC dari 30 Okt hingga 2 Nov.

Kritchanya Kaopattanaskul muncul juara dengan catatan tujuh bawah par 137, diikuti Achiraya Sriwong di tempat kedua (lima bawah par 139), manakala Namo Luangnitikul di tempat ketiga (par 144) serta Cholcheva Wongras dan Kan Bunnabodee berkongsi di tempat keempat (dua atas par 146).
Jing Xuen berkata beliau tidak bernasib baik meskipun bermula dengan baik tetapi gagal menamatkan saingan di kedudukan yang diharapkan.
"Saya sudah berikan yang terbaik dan hanya ketinggalan satu pukulan untuk layak. Tidak mengapa, itulah sukan golf dan itulah kehidupan. Saya terima," katanya ketika ditemui selepas tamat pusingan itu.
Walaupun mengalami kekecewaan, Jing Xuen iaitu pemain wanita pertama Malaysia memenangi pingat emas acara individu pada Sukan SEA 2023 berpuas hati dengan pukulan yang dilakukan, namun mengakui pengurusan risiko dan strategi permainan perlu diperbaiki.
Sementara itu, Kritchanya yang masih berstatus amatur berkata beliau berpuas hati dengan kejayaan di Malaysia, yang menjadi lebih bermakna selepas melakukan pukulan selubang (hole-in-one) pertama dalam kariernya semalam.
Beliau kini akan memberikan tumpuan pada persiapan menghadapi Kejohanan Golf Maybank 2025 yang dijadualkan berlangsung di KLGCC dari 30 Okt hingga 2 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusingan Kelayakan ASEAN
#Kejohanan Golf Maybank 2025
#Ng Jing Xuen
#Genevieve Ling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan