NILAI: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menganggap beliau layak menerima sokongan istimewa dalam mengejar impian emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut pelumba berusia 35 tahun itu, beliau sudah lama membuktikan kebolehannya dengan muncul juara dunia keirin 2017, selain meraih gangsa Olimpik Rio 2016 dan perak Tokyo 2020 untuk menjadi antara pencabar utama pingat pada temasya kali ini yang dijadualkan pada 26 Julai hingga 8 Ogos tahun depan.
"Saya dah juara dunia, itu dah cukup untuk menunjukkan kepada semua bahawa saya layak menerima layanan terbaik... Untuk beraksi di Olimpik dan menang pingat dua kali bukan mudah. Kemudian saya kembali selepas menjalani pembedahan jantung terbuka dan menang dua emas peringkat Asia.
"Berbasikal berbeza daripada sukan-sukan lain, didominasi pelumba Eropah, lawan yang lebih besar. Sepatutnya kita berbangga, gembira dengan rakyat Malaysia. Saya yang saiz kecil ini boleh dominasi pada tahap dunia yang turut memberikan inspirasi kepada atlet pelapis dan golongan muda.
"Kalau ada orang masih menidakkan kebolehan dan keupayaan saya, tak tahu nak cakap apa. Kalau betul saya tak layak, saya faham, tapi laluan untuk ke Olimpik, setahun lebih sikit lagi. Ini adalah Olimpik terakhir saya, berikan saya sokongan yang baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Velodrom Nasional hari ini.
Lebih seminggu lepas, Mohd Azizulhasni menerusi media sosialnya, melahirkan rasa kecewa terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap, selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional sejak awal tahun ini.
Mengulas lanjut katanya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pegawai baru-baru ini dan tidak menyalahkan keseluruhan MSN, tetapi hanya 'setitik nila' yang mencemarkan keseluruhan imej organisasi itu.
Pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang masih lagi berlangsung, Mohd Azizulhasni sekali lagi membuktikan kebolehannya selepas berjaya meraih gelaran berganda menerusi acara pecut Rabu lepas dan keirin semalam, sekali gus mencipta legasi sendiri dengan 12 pingat emas ACC secara keseluruhan.
The Pocket Rocketman berkata setahun lepas, beliau tidak pernah terbayang mampu kembali menguasai pentas Asia pada ACC 2023 dan sehingga kini, beliau masih terasa seakan berada dalam mimpi.
Pada waktu itu, menurutnya, beliau hanya dapat menyaksikan rakan sepasukannya beraksi di ACC 2022 di New Delhi, India kerana sedang pulih daripada pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa di Hospital Epworth Richmond, Melbourne pada 21 April, 2022.
"Masa itu saya berada pada tahap paling rendah bukan sahaja dalam kerjaya tapi juga dalam kehidupan. Saya masih lagi dalam proses nak dapatkan kekuatan, tak mampu nak berkayuh, hanya mampu berjalan. Tapi apabila melihat kembali setahun yang lepas, sekarang saya bersyukur kepada Allah SWT, saya rasa semua kekuatan itu datang daripada-Nya, saya hanya buat apa yang perlu.
"Ini adalah ACC terbaik saya, mungkin ia juga adalah ACC terakhir saya dan memenangi dua emas, apa lagi hendak dikatakan? Saya cuma mahu menikmati detik ini," katanya.
Beliau berkata edisi kali ini mungkin menjadi penampilan terakhirnya di ACC, kerana beliau tidak mahu menyertai saingan 2024 yang dijadualkan pada Februari tahun depan di New Delhi bagi mengelakkan risiko menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Azizulhasni berkata, sudah lama membuktikan kebolehannya dengan muncul juara dunia keirin 2017, selain meraih gangsa Olimpik Rio 2016 dan perak Tokyo 2020. - Gambar/ Bernama
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.