"SAYA masih bapa kepada pasukan ini," kata ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, yang akhirnya membuka mulut mengenai masa depannya bersama pasukan itu.
Desas-desus mengenai pemecatan jurulatih itu bertiup kencang sebaik The Bos Gaurus diaibkan dengan kekalahan 0-7 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super minggu lalu.
Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, dicanang sebagai pengganti jurulatih kelahiran Australia itu tetapi dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Nadi Arena, Adam Zamri, Durakovic berkata dia tidak takut untuk bertanggungjawab terhadap kekalahan besar itu.
"Ia bukan mudah selepas tewas kepada JDT, terutama dengan jaringan yang besar," katanya menjelang pertemuan dengan UiTM FC di Ipoh malam esok.
"Kamu perlu fokus terhadap perlawanan seterusnya malam esok dan kami akan memberikan 100 peratus dalam perlawanan itu.
"Kami sudah mempersiapkan pemain sepanjang minggu ini, kami mempunyai perbincangan dan mesyuarat yang baik dan harap-harap kami dapat mengubahnya malam esok.
"Saya sedar ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kami perlu memandang ke depan dan memberikan aksi terbaik ke atas UiTM.
"Kerana jika kami mendapat tiga mata, kami boleh melonjak ke kelompok atasan semula.
"Masih ada baki lima perlawanan, jadi mana-mana pasukan berpeluang untuk merebut tempat kedua.
"Kami mahu mendapatkan kedudukan itu dan harap-harap ia akan bermula ketika menentang UiTM malam esok," katanya.
Mengenai desakan untuk dia meletakkan jawatannya, Durakovic berkata: "Dengar, pada akhirnya, saya akan bertanggungjawab terhadap prestasi pasukan ini.
"Saya tidak pernah menyalahkan pemain sepanjang hidup saya.
"Saya adalah jurulatih. Saya adalah bapa kepada pasukan ini.
"Pemain-pemain ini adalah anak saya dan saya mengambil 100 peratus tanggungjawab mengenai perkara ini.
"Pada akhirnya, kami menang dan kalah bersama-sama.
"Itulah keadaan saya. Apa yang saya boleh katakan adalah saya memberikan 100 peratus dalam latihan dan buat pasukan.
"Semua yang mengenali saya tahu apa yang telah saya lakukan buat Perak dan bola sepak di Malaysia.
"Jadi, seperti yang saya katakan, sebagai jurulatih, saya bertanggungjawab terhadap kekalahan itu," katanya.
Astro Arena
Thu Sep 10 2020
DURAKOVIC: Bukan mudah selepas tewas kepada JDT, terutama dengan jaringan yang besar. - Gambar fail
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.