awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya sudah selesai' - Zii Jia

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2023
08:39 MYT
'Saya sudah selesai' - Zii Jia
Zii Jia meluahkan kekecewaan di InstaStory miliknya selepas kekalahan kepada pemain Taiwan, Lee Chia Hao, 21-15, 20-22, 21-23 pada aksi pusingan kedua Terbuka Jerman di Mulheim, pada Khamis.
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meluahkan kekecewaan di InstaStory miliknya selepas kekalahan kepada pemain Taiwan, Lee Chia Hao, 21-15, 20-22, 21-23 pada aksi pusingan kedua Terbuka Jerman di Mulheim, pada Khamis.
"I'm f*****g done (saya sudah selesai)," tulis Zii Jia di InstaStory miliknya.
Hantaran di InstaStory itu menimbulkan pelbagai persoalan namun ramai peminat badminton negara percaya ia berkaitan prestasinya yang terus merudum tahun ini.
Zii Jia memulakan kempen kejohanan berstatus Super 300 Jelajah Dunia BWF itu dengan menewaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen, 21-11, 21-5 pada Rabu.
Namun, kecemerlangan itu gagal diteruskan apabila terpaksa akur dalam pertarungan tiga set kepada pemain di ranking ke-49 dunia itu.
Sejak menjuarai Terbuka Thailand tahun lalu, Zii Jia masih belum meraih sebarang kejayaan musim ini.
Pemain berusia 24 tahun ini memulakan musim 2023 dengan persembahan kurang bermaya pada tiga kejohanan apabila tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia diikuti pusingan kedua masing-masing pada Terbuka India dan Masters Indonesia. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#badminton
#Lee Zii Jia
#Lee Chia Hao
#terbuka jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan