IPOH: "Saya tidak mahu melihat Perak FC lingkup," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed yang menyifatkan Perak FC melalui waktu sukar berikutan perpindahan pemain utama mencari angin baharu ekoran masalah kewangan.
Bagaimanapun beliau berkata, pasukan itu telah disertai sembilan orang pemain baharu bagi menggantikan pemain yang telah keluar.
"Dalam masa yang sama kita telah menjimatkan setengah juta sebulan, untuk membiayai gaji pemain pasukan kerana kekangan utama kita ialah duit.
"Sehingga hari ini, masih belum terdapat mana-mana pihak yang mahu mengambil alih pasukan Perak FC, tetapi saya faham dalam situasi COVID-19 ini banyak yang terjejas. Kita masih berusaha dan doakan untuk Perak FC berjaya," katanya dalam satu program di laman sosial Facebook Pior.TV hari ini.
Khairul Shahril berharap agar peminat pasukan Perak FC atau Bos Gaurus ini, terus kekal setia memberi sokongan walaupun ketika dalam keadaan yang sulit ini.
Isu kewangan sebelum ini menyebabkan Perak FC kehilangan enam tonggak, diketuai ketua pasukan Shahrul Saad dan penyerang Guilherme de Paula yang berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT).
Penyokong Bos Gaurus memetik beberapa nama seperti bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bekas pengurus Perak FA Datuk Jamal Nasir Rasdi, dan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengambil alih kepimpinan pasukan Perak FC.
Namun Hasmiza atau Vida, mahu meneliti terlebih dahulu syarat serta rundingan yang akan diadakan, sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.
Terdahulu, sewaktu sesi program bicara tersebut Khairul Shahril menjelaskan beberapa inisiatif dan peranan pihaknya, dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) antaranya pemberian imbuhan sebanyak RM50 kepada sukarelawan MyVAC, yang membantu program vaksinasi di Perak.
Selain itu, pihaknya turut memperkenalkan sukarelawan Gelembung Sukan Perak, yang dilantik untuk memantau premis sukan dan pengajuran sukan, walaupun kini tiada lagi penganjuran sukan.
Katanya pihaknya turut berbincang bersama Jabatan Pelajaran negeri, membantu memenuhi keperluan kelas Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan mengedarkan 20,000 unit telefon pintar serta data percuma, khusus bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada golongan B40.
Selain itu pihaknya turut merancang pembinaan dua buah studio pembelajaran di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
KHAIRUL SHAHRIL: Saya tidak mahu melihat Perak FC lingkup. - Foto BERNAMA
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pramusim: Perak FC benam Geylang di Ipoh
Meskipun terlalu awal untuk menilai, namun keputusan malam tadi pasti menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.
Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC
Yusri berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit para pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Perak hampir pasti tidak sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Bobie berkata, pihaknya tidak berupaya membuat persiapan pasukan kerana kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
Penjaga gol JDT sah sertai Perak
Kehadirannya ke Perak FC mempunyai misi tersendiri selain mahu membantu pasukan baharunya itu mengharungi musim baharu dengan lebih baik.
Belum ada kata putus venue Perak FC
Kerajaan negeri akan berbincang dengan semua pihak berkaitan bagi menentukan venue terbaik untuk perlawanan Liga Super itu.
Kanybekov sah milik Perak FC
Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi 'Home' malam tadi.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.
Perak FC sambar Kaka
Perak FC berjaya mendapatkan pemain tengah pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Nur Azfar Fikri Azhar bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.