Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata beliau tidak taksub atau bernafsu besar untuk bertanding jawatan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun sedia menggalas tugas itu sekiranya diberi peluang.
Beliau berkata beliau mendapat pencalonan daripada beberapa persatuan bola sepak negeri, bagaimanapun beliau mahu mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan terdekat dan calon lain terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada mahu bertanding atau tidak.
"Kita ada masa lagi. Pencalonan bagi jawatan timbalan presiden FAM terdiri daripada mereka yang hebat dan berpengaruh dalam bola sepak negara," katanya kepada Bernama.
Dilaporkan sebelum ini calon bagi jawatan tersebut bakal menerima borang pengesahan pencalonan daripada Sekretariat FAM dan mereka perlu membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum 13 Feb depan.
Senarai akhir calon akan dibentangkan dalam Mesyuarat Exco FAM terlebih dahulu selepas diumumkan pada 20 Feb.
Mohd Yusoff yang juga Pengurus Melaka United mendapat perhatian industri bola sepak negara selepas berjaya membawa pasukan Hang Tuah menjuarai Liga FAM pada 2015 dan kemudian merangkul gelaran Liga Premier 2016.
Kejayaan yang dicapai Melaka United itu sekali gus menamatkan kemarau trofi selama 33 tahun pasukan tersebut.
Dengan merangkul gelaran juara Liga Premier, beliau telah membantu Melaka United kembali bersaing dalam persada Liga Super musim ini.
Pada masa yang sama beliau yang juga Exco FAM turut melahirkan rasa terkejut dengan jumlah pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.
"Saya berminat untuk bertanding kerana mendapat pencalonan, namun tidak menjangka terlalu ramai calon yang akan bersaing. Ingatkan setakat empat orang, tapi rupa-rupanya 10 orang calon. Ini memerlukan perbincangan lebih teliti.
"Jawatan timbalan presiden FAM merupakan orang penting dan tulang belakang yang akan membantu presiden menggerakkan skuad kebangsaan ke peringkat tertinggi," katanya.
Pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53 yang dijangka berlangsung pada 25 Mac depan, jawatan berkenaan turut menjadi saingan timbalan presiden sedia ada Datuk Seri Afandi Hamzah, Setiausaha Agung FAM, Datuk Mohd Hamidin Mohd Amin, Naib Presiden FAM, Datuk Rozabil Abdul Rahman, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal dan lima lagi calon yang nama mereka belum diumumkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
Yusoff berkata beliau mendapat pencalonan daripada beberapa persatuan bola sepak negeri. - Foto sumber Facebook
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).