KUALA LUMPUR: Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran dalam acara perseorangan pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia sejak perlawanan itu mula diadakan pada 1937, hari ini.
Juara dunia berusia 21 tahun itu meraih kejayaan selepas bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan juara empat kali Tai Tzu Ying dari Taiwan 10-21, 21-10, 21-18 pada perlawanan akhir di Axiata Arena yang dipenuhi penonton di sini.
Selain berjaya menebus kekecewaan tahun lepas terhadap Akane Yamaguchi dari Jepun pada final, Se Young juga membalas dendam kekalahannya kepada Tzu Ying dalam separuh akhir pada Final Jelajah Dunia bulan lepas.
Sebagai juara, Se Young membawa pulang pingat, trofi dan hadiah wang tunai US$91,000 (kira-kira RM422,877), manakala Tzu Ying menerima US$44,200 (anggaran RM205,397) selain pingat dan trofi.
Bercakap kepada pemberita selepas kejayaan itu, Se Young yang kelihatan gembira dengan kemenangan bersejarah untuk Korea berkata beliau akan terus memberi tumpuan kepada pemulihan daripada kecederaan lutut yang dialaminya pada Oktober tahun lepas untuk bersedia sepenuhnya menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
"Ia merupakan permulaan yang baik tahun ini menuju Sukan Olimpik. Kecederaan ini masih mengganggu saya kerana hanya pulih 70 peratus, jadi saya akan fokus untuk kembali cergas sepenuhnya dan akan memutuskan kejohanan seterusnya selepas berbincang dengan jurulatih.
"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana dianggap sebagai pemain kegemaran untuk menjuarai Olimpik, namun sukar untuk meletakkan jangkaan pada kejohanan yang besar sebegini. Saya hanya mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri terlebih dahulu," kata Pemain Wanita Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang meraih 11 gelaran pada 2023.
Pemain Korea Selatan telah memenangi gelaran Terbuka Malaysia dalam acara lelaki, wanita dan beregu campuran, namun gelaran bagi perseorangan lelaki dan wanita sukar dicapai sehinggalah Se Young memecahkan kebuntuan itu.
Sementara itu, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tzu Ying agak kecewa kerana gagal mendapatkan gelaran Terbuka Malaysia kelima sebelum bersara pada penghujung tahun ini.
"Saya sentiasa seronok bermain di Malaysia kerana sukakan sokongan daripada peminat di sini. Malah, mereka juga bersorak untuk saya berjuang sehingga titik terakhir apabila saya ketinggalan. Kejohanan ini mungkin yang terakhir buat saya di Malaysia.
"Se Young semestinya pemain yang perlu ditewaskan bukan hanya semasa Olimpik, tetapi juga dalam semua kejohanan. Keutamaan saya sekarang ialah kekal sihat dan cergas untuk menghadapi temasya Olimpik kerana ramai pemain yang cedera menjelang akhir tahun lepas," kata pemain berusia 29 tahun itu yang memenangi mahkota Terbuka Malaysia pada 2013, 2017, 2018 dan 2019.
Tzu Ying mara ke peringkat akhir selepas menamatkan badi empat kekalahan berturut-turut ketika berdepan juara Olimpik Tokyo 2020 Chen Yu Fei dari China sebelum ini, dengan kemenangan 17-21, 21-15, 21-18, manakala Se Young menyingkirkan pemain nombor 17 dunia Zhang Yi Man dari China 21-17, 21-11 dalam satu lagi separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Se Young membawa pulang pingat, trofi dan hadiah wang tunai US$91,000 (kira-kira RM422,877). - Gambar/ Bernama
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Hubungan bilateral ASEAN tetap kukuh walaupun mungkin ada perbezaan- Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada masalah menjalin hubungan dengan anggota ASEAN sebagai satu kumpulan walaupun mungkin terdapat perbezaan. Beliau berkata demikian ketika bercakap di World Economic Forum pada Ahad.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024
Beliau yakin beliau akan kembali pada tahap terbaiknya untuk temasya sukan terbesar dunia itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia
Chan Peng Soon-Cheah Yee See jadi wakil terakhir negara mara ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil Taiwan, Chang Ko-Chi-Lee Chih Chen.
Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia
Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan
Zii Jia berlatih bersama Toma Junior Popov dan Christo Popov bagi mendapatkan pengalaman berdepan pemain dengan corak permainan berbeza.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia
Pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.