awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian RM9 juta akan disalur untuk pembangunan sukan berbasikal - Khairy

Bernama
Bernama
15/03/2015
23:33 MYT
Sebahagian RM9 juta akan disalur untuk pembangunan sukan berbasikal - Khairy
Sebahagian daripada RM9 juta yang dijimatkan akan disalurkan epada program pembangunan sukan berbasikal.
Sebahagian daripada RM9 juta yang dijimatkan daripada pengurangan peruntukan untuk penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 akan disalurkan kepada program pembangunan sukan berbasikal.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata program pembangunan itu akan dimulakan tidak lama lagi dengan memberi kepada golongan remaja dan pelajar.
Katanya, pada penganjuran LTdL tahun lepas, yang diusahakan oleh kementerian itu, peruntukan yang diluluskan adalah RM19 juta dan pada tahun ini hanya RM10 juta diperuntukkan untuk penganjur swasta.
"Saya buat keputusan untuk wujudkan program pembangunan itu kerana saya rasa penjimatan ini sebahagian daripada sukan berbasikal. Ia mestilah dikekalkan untuk program basikal," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah LTdL 2015 di Dataran Merdeka, pada Ahad.
Majlis penyampaian hadiah LTdL telah disempurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Khairy menganggap penganjuran LTdL kali ini sebagai satu program yang berjaya dan berpuas hati terutamanya dengan penjimatan yang perolehi daripada penswastaan program itu.
Mengulas mengenai penambahbaikan yang boleh dilakukan penganjur pada edisi akan datang, Khairy berkata dengan masa jangka masa persiapan yang lebih panjang, LTdL akan dapat menarik lebih banyak penglibatan daripada pasukan profesional bertaraf dunia.
"Pencapaian pasukan tempatan, saya lihat tidaklah teruk sangat. Saya lihat ada beberapa penamat podium dan ini saya rasa prestasi terbaik dalam beberapa tahun lepas.
"Kita harus letak objektif untuk menang kategori pasukan terbaik Asia...itu mesti menjadi matlamat kita sebab selama 20 tahun kita anjur LTdL, memang tak pernah menang gelaran ini," katanya.
Topic Berkaitan
#berbasikal
#KHAIRY
#LTdL
#penjimatan
#RM9 juta
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan