awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan

Astro Arena
Astro Arena
16/08/2024
00:30 MYT
Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan
Yves Bissouma (kiri) ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan antara Tottenham Hotspur dan Bayern Munich di Stadium Tottenham Hotspur, London, 10 Ogos 2024. (Foto AP)
ANGE Postecoglou berkata Yves Bissouma perlu mendapatkan semula kepercayaannya selepas mengesahkan pemain tengah Mali itu telah digantung Tottenham bagi perlawanan pembukaan bertemu Leicester awal pagi Selasa selepas dia dilihat menyedut 'gas ketawa' hujung minggu lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan tindakannya 'tidak wajar' dan telah memohon maaf dalam satu video selepas dia menyedut nitrus oksida atau lebih dikenali sebagai 'gas ketawa'.
Tottenham mengumumkan mereka telah membuka siasatan dalaman dan Postecoglou berkata semalam bekas pemain tengah Brighton itu telah dikenakan penggantungan satu perlawanan sebagai hukuman.
“Masih terdapat sekatan yang terlibat dan sebahagian daripadanya bersifat untuk mendidik. Dia seorang pemain bola sepak yang mempunyai tanggungjawab,” kata pengurus Spurs itu.
“Dia tidak akan beraksi pada perlawanan pembukaan. Kami telah menggantungnya daripada perlawanan tersebut. Dia perlu mendapatkan semula kepercayaan daripada saya dan pasukan. Pintu terbuka untuknya dan kami boleh membantunya menyedari keputusan yang dibuatnya memberi kesan kepada kumpulan.”
Ditanya bagaimana Bissouma boleh mendapatkan semula kepercayaannya, Postecoglou berkata: “Semestinya berdasarkan kelakuannya. Ia semudah itu. Ia mengenai membuat keputusan yang lebih baik."
"Dia sangat memohon maaf kepada saya, kelab dan semua orang yang terlibat tetapi itu hanya sebahagian daripadanya. Saya fikir cara terbaik ialah kesedaran dan pendidikan, dan memahami kesan daripada membuat keputusan seperti itu."
BREAKING: Yves Bissouma has been suspended by Tottenham for game against Leicester on Monday Night Football after a video on social media appeared to show him inhaling laughing gas pic.twitter.com/te8U3pKMKf
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 15, 2024
Topic Berkaitan
#Yves Bissouma
#gas ketawa
#gantung permainan
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan