awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Selamat kembali Faisal Halim...' - FIFA World Cup

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2025
06:00 MYT
'Selamat kembali Faisal Halim...' - FIFA World Cup
Faisal tampil pada separuh masa kedua ketika skuad negara menewaskan Nepal pada Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. - Sinar Harian
"SELAMAT kembali Faisal Halim..."
Demikian status yang dimuat naik di laman sosial FIFA World Cup pada Rabu.
Hantaran tersebut turut disertakan beberapa keping gambar tonggak lincah itu yang beraksi dalam perlawanan kompetitif pertama menentang Nepal sejak penampilan terakhirnya ketika menentang Oman dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 26 Mac tahun lalu.
Pemain Selangor FC itu sebelum ini ditampilkan oleh pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, pada separuh masa kedua ketika skuad negara menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi Kumpulan F Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 25 Mac lalu.
Kehadiran semula bekas tonggak Terengganu FC itu bersama skuad negara selepas insiden simbahan asid oleh pihak tidak dikenali pada Mei tahun lalu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Faisal, yang lebih dikenali sebagai Mickey, dalam perlawanan tersebut.
Malah, Mickey mengakui teruja apabila diberikan kepercayaan untuk dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua.
Tiga mata yang diraih Harimau Malaya menentang Nepal menjadi tonik mujarab untuk Faisal dan rakan sepasukan menjelang perlawanan seterusnya menentang Vietnam dalam aksi Kumpulan F di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun depan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#FIFA
#harimau Malaya
#kelayakan piala Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan