SHAH ALAM:Selangor FC hari ini melancarkan jersi 'home' bagi musim 2021 yang diinspirasikan daripada ikon bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai SuperMokh.
Selangor FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jersi yang menerapkan elemen 'Legasi Mokhtar Dahari' itu diilhamkan daripada rekaan jersi yang disarung oleh The Red Giants hanya untuk sekali ketika menjulang kejuaraan Piala Malaysia ke-27 pada tahun 1986, iaitu ketika Allahyarham sebagai tonggak utama pasukan.
"Jersi 'home' 2021 ini masih mengekalkan beberapa elemen penting pada tahun 1986 antaranya warna merah, kuning dan hijau diambil daripada bendera Raja Muda Selangor sebagai penghormatan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ketika itu merupakan Raja Muda Selangor serta penyokong nombor satu pasukan.
"Selain itu, kedudukan lambang Selangor FC juga diletakkan pada bahagian kanan dada seperti jersi asal bagi mengetengahkan elemen retro jersi 'home' musim ini," menurut kenyataan itu.
Selangor FC menyatakan lambang istimewa 'SuperMokh' turut diabadikan di belakang jersi 'home' musim ini sebagai tanda penghargaan kepada Allahyarham.
Menurut pasukan itu, walaupun tema dan konsep jersi 'home' itu juga berlandaskan unsur retro, terdapat beberapa elemen moden yang digarap supaya ia bersesuaian dengan rekaan kontemporari.
"Perbezaan terbesar antara jersi musim ini dengan yang asal ialah hiasan motif kelopak bunga di bahagian warna kuning jersi, melambangkan bunga rasmi negeri Selangor iaitu bunga tanjung," menurut kenyataan itu.
Selain itu, jersi edisi musim ini juga mempunyai bendera quarterfly merah kuning pada dada dan riben bertulisan '85 Years Creating A Legacy' yang disematkan pada bahagian belakang kolar, sempena sambutan 85 tahun penubuhan pasukan Selangor FC.
"Pihak pengurusan Selangor FC juga telah memutuskan untuk membuat kelainan tahun ini dengan memilih warna kuning sebagai warna utama jersi 'home' setelah sekian lama tidak digunakan.
"Selangor FC berharap jersi 'home' musim 2021 yang bertemakan legasi Allahyarham Mokhtar Dahari dan pasukan Selangor 1986 itu dapat membawa aura kejuaraan serta meniup semangat perjuangan kepada semua pihak berkepentingan pasukan dalam misi memburu kejayaan tahun ini," menurut kenyataan tersebut.
Jersi retro yang simbolik dan penuh bersejarah itu kini boleh dibeli melalui SelangorFC.com dengan harga RM109 untuk edisi pemain manakala edisi penyokong hanya akan dikeluarkan selepas perayaan Tahun Baharu Cina.
Penyokong Selangor yang berdaftar sebagai pemegang Red Giants Team Card 2021 pula akan menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk setiap pembelian jersi pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021
Selangor FC melancarkan jersi 'home' bagi musim 2021 yang diinspirasikan daripada ikon bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari. - Foto: Selangor FC
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Messi akhirnya atasi rekod Supermokh
Selain Ronaldo dan Messi, dua penyerang dari Asia iaitu dan Sunil Chhetri (India) dan Ali Mabkhout (UAE) juga masih aktif bermain di pentas antarabangsa.
Selangor FC lancar jersi 'home' berkonsep retro, inspirasi daripada SuperMokh
Selangor FC hari ini melancarkan jersi 'home' bagi musim 2021 yang diinspirasikan daripada ikon bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai SuperMokh.
Muzikal kisah hidup SuperMokh tarik perhatian peminat bolasepak
Berpuas hati dengan persembahan malam pertama, Hans Isaac akan tetap melakukan pembaikan dalam pementasan seterusnya.