Ketua Jurulatih, Mehmet Durakovic hanya mahu tiga mata penuh menjelang pertembungan sengit bersama Johor Darul Takzim (JDT) di Larkin sekaligus meleburkan rekod bersih di Larkin.

Setelah ditumpaskan 1-3 oleh pendahulu Liga Super, Pahang, Durakovic menegaskan bahawa beliau enggan lihat skuadnya terus tercicir sekaligus menyeru kepentingan untuk raih tiga mata penuh.

Namun Durakovic tetap yakin anak buahnya bakal mempamer aksi terbaik mereka untuk memadam semangat Harimau Selatan yang pastinya membara dahagakan kemenangan selepas di belasah Borussia Dortmund 6-1 pada hari Khamis lalu.

"Kami berdepan JDT pada masa yang kurang baik kerana mereka masih bersemangat selepas beraksi lawan pasukan berataraf dunia"

"Namun, pemain saya diberi lebih seminggu untuk menjalankan persediaan yang rapi menentang skuad yang cukup mantap" kata Durakovic.

Untuk rekod, The Red Giants memiliki kelebihan dalam perlawanan ini namun harus diingat, itu sebelum JDT mendapat sentuhan pengendali baru mereka, Mario Gomez.

Gomez tentunya mencipta taktik tersendiri berdepan Selangor kerana kekalahan bererti memberi ruang kepada Pahang terus memacu kedudukan teratas liga sekaligus menyukarkan misi mereka untuk menjulang Liga Super musim ini.