awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas benam Nepal dan Vietnam, ini kedudukan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia

Astro Arena
Astro Arena
11/06/2025
07:07 MYT
Selepas benam Nepal dan Vietnam, ini kedudukan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia
Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk layak secara merit ke Piala Asia 2027. - Gambar/ Stadium Astro
SELEPAS mencatat dua kemenangan bergaya ke atas Nepal dan Vietnam, skuad Harimau Malaya kini gah di puncak Kumpulan F dengan kutipan penuh enam mata, sekali gus berada dalam landasan terbaik untuk layak secara merit ke Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Ringkasan AI
  • Harimau Malaya kini mendahului Kumpulan F dengan enam mata penuh selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut ke atas Nepal (2-0) dan Vietnam (4-0) dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027.
  • Gol kemenangan ke atas Vietnam dijaringkan oleh Joo Figueiredo, Rodrigo Holgado, La'Vere Corbin-Ong dan Dion Cools, manakala dalam perlawanan lain, Laos menewaskan Nepal 2-1.
  • Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk layak secara merit ke Piala Asia 2027, dan akan meneruskan aksi kelayakan menentang Laos pada 9 Oktober 2025.

Malaysia membuka kempen kelayakan dengan kemenangan 2-0 ke atas Nepal, sebelum menundukkan musuh tradisi ASEAN, Vietnam, dengan jaringan meyakinkan 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Gol-gol kemenangan disumbangkan oleh João Figueiredo, Rodrigo Holgado, La'Vere Corbin-Ong dan Dion Cools.
Dalam satu lagi aksi kumpulan, Laos berjaya menewaskan Nepal 2-1 di Vientiane hasil jaringan Damoth Thongkhamsavath dan Peeter Phanthavong, manakala gol tunggal Nepal dijaringkan oleh Manish Dangi.
Selepas dua perlawanan, kedudukan Kumpulan F adalah seperti berikut: - Malaysia – 6 mata - Vietnam – 3 mata - Laos – 3 mata - Nepal – 0 mata
Hanya juara kumpulan akan layak secara merit ke Piala Asia 2027, menjadikan setiap perlawanan amat penting buat pasukan negara.
Harimau Malaya akan meneruskan misi kelayakan dengan perlawanan menentang Laos di tempat lawan pada pada Khamis, 9 Oktober 2025, dengan harapan untuk terus melebarkan penguasaan sebagai pendahulu kumpulan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Vietnam
#Piala Asia
#ranking dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan