awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat juang tinggi faktor kemenangan TFC

Bernama
Bernama
20/09/2025
02:15 MYT
Semangat juang tinggi faktor kemenangan TFC
Ketua jurulatih Skuad Penyu berkata, pujian harus diberikan kepada anak buahnya yang telah berjaya mengutip tiga mata berharga, sekali gus membaiki kedudukan TFC dari tangga ketiga ke kedudukan kedua Liga Super.
KUALA NERUS: Semangat juang tinggi yang ditunjukkan pemain menjadi faktor utama kemenangan besar Terengganu FC (TFC) menentang Melaka FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam tadi.
Ketua jurulatih Skuad Penyu, Badrul Afzan Razali berkata, pujian harus diberikan kepada anak buahnya yang telah berjaya mengutip tiga mata berharga, sekali gus membaiki kedudukan TFC dari tangga ketiga ke kedudukan kedua Liga Super.
Beliau berkata, walaupun pasukannya bermula dengan agak perlahan, pemain berjaya memperbaik corak permainan dan melakukan asakan berterusan sehingga berjaya meledak empat gol pada babak pertama permainan.
"Tahniah kepada semua pemain pada malam ini ... kredit harus diberikan kepada mereka. Semangat juang yang tinggi di tempat sendiri dan sikap tidak mengambil mudah ancaman lawan antara faktor utama kemenangan besar TFC pada malam ini.
"Sudah tentu penyerang utama Yan Mabella menunjukkan persembahan yang baik selepas pulih daripada kecederaan minggu lepas. Saya harap untuk perlawanan seterusnya bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City FC) momentum ini dapat dikekalkan," katanya selepas perlawanan itu.
Sementara itu, pengendali Melaka FC, K. Devan berkata, kelemahan kubu pertahanan dan pemain import yang kurang berfungsi menyumbang kepada kekalahan malam tadi.
Selain itu, gol sepakan penalti pasukan tuan rumah pada penghujung babak pertama memberikan impak kepada semangat dan motivasi pemain untuk bangkit selepas ketinggalan 0-4.
"Malam ini kita dapat lihat jurang kualiti pemain import yang besar antara dua pasukan. Kita mungkin tak dapat menyaingi kualiti import TFC dengan bajet yang kita ada.
"Kita juga bermain dengan 10 orang sepanjang 65 minit selepas Che Rashid Che Halim dilayangkan kad merah. Kita akan ambil perkara ini sebagai pengajaran untuk baiki permainan pada perlawanan seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Terengganu FC
#Melaka FC
#Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan