KUALA LUMPUR: Seramai sembilan lagi pemain melaporkan diri pada kem latihan pusat pasukan bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, menjelang temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam bulan depan.
Menurut hantaran Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Isnin, sesi latihan hari ketujuh di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya malam tadi, menyaksikan seramai 14 pemain menjalani sesi latihan di bawah kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney.
Sembilan pemain itu adalah Firdaus Irman Fadhil, V. Ruventhiran, A. Shivan Pillay, Aiman Afif Afizul, Ahmad Aysar Hadi Shapri, Daryl Sham, Umar Hakeem Suhar Rezwan, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.
Mereka menyertai lima pemain lain iaitu Shafi Azswad Sapari, Haqimi Azim Rosli, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Fahmi Daniel Zaaim dan Faiz Amer Runnizar yang telah melapor diri sejak 19 April lepas.
Selain sebagai persiapan menghadapi saingan di Hanoi, kem latihan pusat itu juga medan persediaan sebelum bertanding pada Piala Asia B-23 di Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun.
Baki pemain lain dari senarai 31 pemain yang dipanggil Maloney akan melapor diri secara berperingkat, selepas mereka dilepaskan kelab masing-masing.
Diundi dalam Kumpulan B pada temasya sukan dwitahunan itu, Malaysia dijadual berdepan Thailand pada 7 Mei, Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) di Stadium Thien Truong Stadium, Nam Dinh untuk merebut dua slot ke separuh akhir.
Pada edisi 2019 di Filipina, pasukan negara di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal melepasi peringkat kumpulan, selepas memenangi pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Malaysia kali terakhir memenangi 'ibu segala emas' temasya itu pada edisi 2011 di Indonesia di bawah bimbingan Kim Swee.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi, menyaksikan seramai 14 pemain menjalani sesi latihan di bawah kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.