awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan

Astro Arena
Astro Arena
01/03/2025
01:00 MYT
Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Inisiatif itu adalah bertujuan meraikan semua golongan pemain dan peminat bola sepak yang sudah memberi kemeriahan kepada dunia. - Stadium Astro
AUSTRALIA mengambil pendekatan terpuji selepas meneruskan idea sejak musim lalu bagi menghormati golongan Muslim yang berpuasa dalam bulan Ramadan tahun ini.
Saingan utama Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.
Tindakan tersebut disambut baik semua pihak memandangkan ia adalah kesempatan terbaik selain dianggap mesra terhadap pemain Muslim yang sedang melakukan ibadah wajib itu.
Aksi akan dihentikan seketika selama 90 saat sekiranya melepasi waktu azan Maghrib dengan bola akan dikeluarkan daripada permainan.
Inisiatif itu adalah bertujuan meraikan semua golongan pemain dan peminat bola sepak yang sudah memberi kemeriahan kepada dunia.
"Ramadan ialah tempoh suci buat segelintir penyokong.
“Polisi ini penting demi menjaga kebajikan pemain dan pegawai tetapi pada masa sama, memastikan mereka yang perlu mengikuti peristiwa agama yang penting merasa diri mereka disokong dalam sukan ini.
“Bola sepak terus menunjukkan bahawa ia meraikan kebersamaan untuk semua," kata pengerusi liga, Stephen Conroy.
Selamat menyambut bulan Ramadan buat semua rakyat Malaysia! - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#buka puasa
#Liga Australia
#CeritaRamadan2025
#Ramadan2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan