awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia belum mampu jinakkan Thailand

Bernama
Bernama
10/05/2025
15:49 MYT
Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia belum mampu jinakkan Thailand
Skuad negara terpaksa bergelut dengan keampuhan gandingan Boonkoom Tipwong dan Sirisak Anuloon dalam gelanggang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia tewas 0-2 di tangan seteru utama, Thailand, pada perlawanan kedua acara double saingan Kumpulan B pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di sini malam ini.
Walaupun gamat dengan sokongan penonton di Stadium Titiwangsa, skuad negara dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi terpaksa bergelut dengan keampuhan gandingan Boonkoom Tipwong dan Sirisak Anuloon dalam gelanggang.
Kesilapan servis dilakukan Aidil Aiman turut merencatkan usaha Malaysia untuk mendominasi perlawanan menyebabkan Thailand menguasai set pertama dengan 15-10.
Pada set kedua menyaksikan perlawanan semakin mendebarkan dengan kedua-dua pasukan saling mengejar mata, namun libasan berbahaya pemain Thailand telah menghukum pemain negara dengan keputusan 17-15.
Kekalahan malam ini menyebabkan Malaysia berdepan misi wajib menang apabila berdepan Taiwan dalam perlawanan terakhir Kumpulan B untuk mengesahkan slot separuh akhir, esok.
Thailand yang mengungguli kumpulan selepas perlawanan malam ini, dijadualkan berdepan Nepal.
"Macam mana pun kita kena menang ke atas Taiwan esok. Bagi saya peluang masih terbuka untuk ke peringkat seterusnya," kata jurulatih double kebangsaan Aswadi Abdullah ketika ditemui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#skuad negara
#Thailand
#Piala Asia 2025
#Stadium Titiwangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan