SHAH ALAM: Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai pada Jumaat bagi membangunkan Pusat Selangor Esports City yang dijangka mula beroperasi pada 2022.
Ia ditandatangani Serba Dinamik Group Berhad, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Persatuan Sukan Elektronik Selangor (ESS) dan Universiti Sains Komputer dan Kejuruteraan Malaysia (Unimy).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, menerusi pusat tersebut, pihaknya komited merealisasikan matlamat yang dirangka untuk pembangunan sukan elektronik (e-sukan) negara.
“Di Pusat Selangor Esports City ini akan tersedia kemudahan e-sukan bertaraf dunia, akademi latihan, inkubator permainan dan hotel bertemakan e-sukan.
“Serba Dinamik juga menyasarkan untuk mengembangkan bakat e-sukan tempatan dengan memanfaatkan infrastruktur bertaraf dunia, program pengembangan bakat dan sistem profil bakat yang dimiliki,” katanya pada majlis menandatangani MoU tersebut, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Abdul Karim berkata, ekoran perkembangan pesat serta potensi e-sukan, ia menjadi titik tolak pihaknya menceburi bidang tersebut.
“Menurut penyelidikan Newzoo yang merupakan sumber paling dipercayai untuk pasaran e-sukan, Asia Tenggara menjana pendapatan berjumlah AS$4.4 bilion daripada sektor permainan pada 2019/2020 dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 16 peratus,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan dan Generasi Muda serta Sukan negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata, pusat itu akan dibangunkan di sebuah bangunan yang sebelum ini merupakan bangunan hotel di Shah Alam.
“Kita akan ubah keseluruhan bangunan itu untuk dijadikan pusat e-sukan melibatkan kos sekitar RM10 juta, dibiayai secara bersama pihak swasta dan kerajaan negeri.
"Ia dijangka siap pada akhir 2021 dan beroperasi tahun hadapannya,” ujarnya.
Ehsan A Marisah
Sat May 01 2021
Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.
Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.
Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.
Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.
Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.