awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia dan dua pegawai utama meletak jawatan
Isu pembinaan eskalator di Batu Caves selesai menjelang Julai - Pengerusi kuil
Wanita warga emas kritikal akibat letupan tong gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serena: Kendalikan kereta sorong bayi paling sukar!

Astro Arena
Astro Arena
21/01/2018
06:59 MYT
Serena: Kendalikan kereta sorong bayi paling sukar!
Menggunakan kereta sorong bayi baru lahir merupakan cabaran terbesar yang pernah dihadapi Serena Williams. - REUTERS/Fail
GELARAN Grand Slam? Tiada masalah. Pingat emas Olimpik? Terlalu mudah! Menggunakan kereta sorong bayi baru lahir anda? Ya, itulah cabaran terbesar yang pernah dihadapi Serena Williams.
Juara 23 kali kejohanan utama itu yang melahirkan anak pertamanya September lalu, memenangi Terbuka Australia tahun lalu semasa peringkat awal kehamilan.
Williams tidak berada di Melbourne Park untuk mempertahankan gelarannya kerana sedang mendapatkan semula kecergasan penuh selepas kelahiran sukar di mana dia mendedahkan mengalami pembekuan darah setelah anaknya, Alexis Olympia, dilahirkan menerusi pembedahan kecemasan pada 1 September tahun lalu.
Serena sudah melakukan dan menang semuanya dalam dunia tenis tetapi nampaknya beberapa aspek keibuan membuktikan ia lebih sukar untuk dikuasai.
Dia menulis dalam Twitter: "Saya telah menakluki banyak perkara ... pembekuan darah di paru-paru -- dua kali ... pembedahan lutut dan kaki ... memenangi Grand Slam selepas bangkit daripada ketinggalan set penentuan... antara perkara sukar -- tetapi saya mendapati setakat ini yang paling sukar adalah menggunakan kereta sorong bayi! "
I've conquered a lot of things... blood clots in my lungs- twice... knee and foot surgeries... winning grand slams being down match point... to name just a FEW but I found out by far the hardest is figuring out a stroller! /p>— Serena Williams (@serenawilliams) January 20, 2018
Williams dijangka kembali ke gelanggang dalam kejohanan di Madison Square Garden, New York pada Mac sebelum menyertai Terbuka BNP Paribas di Indian Wells.
Topic Berkaitan
#Alexis Olympia
#Serena Williams
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan