KUALA LUMPUR: Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lepas, dijadual menjalani sesi pendengaran kes pada awal bulan depan.
Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Azura Abidin bagaimanapun berkata pihak jawatankuasa panel pendengaran kes berkenaan masih menunggu tarikh sesuai untuk melaksanakan sesi itu.
"Kami jangka sesi pendengaran kes atlet itu diadakan pada minggu pertama September ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersempena Simposium ASEAN+Pegawai Kawalan Doping di sini, Rabu malam.
Azura berkata sekiranya didapati bersalah, atlet terbabit boleh dijatuhkan hukuman maksimum penggantungan dua tahun susulan pengambilan bahan terlarang dalam kejohanan itu.
Bulan lepas, media melaporkan bahawa atlet terbabit telah menolak untuk mencabar ujian sampel B dan memilih untuk proses pendengaran dijalankan ke atasnya.
Jun lepas, ADAMAS mengumumkan kegagalan ujian doping melibatkan seorang atlet olahraga pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil itu.
Tanpa mendedahkan butiran atlet, ADAMAS mengesahkan bahawa keputusan doping itu positif terhadap penggunaan bahan terlarang bagi bahan "sibutramine''.
Berikutan itu, atlet tersebut digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga keputusan proses pendengaran diumumkan.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr K. Nagulendran berkata antara objektif penganjuran simposium dua hari itu adalah membuktikan komitmen Malaysia sebagai negara yang menyokong amalan budaya bersukan lebih bersih serta adil dengan memantapkan barisan pegawai kawalan doping serantau.
Katanya, simposium yang berakhir esok disertai 120 pegawai kawalan doping dari negara Asia Tenggara termasuk rakan dialog dari Jepun serta Korea Selatan selain mendapat kerjasama agensi antarabangsa seperti Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan Pertubuhan Anti-Doping Serantau Asia Tenggara (SEARADO).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Azura Abidin bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian 2023 ASEAN Doping Control Officer Symposium di ibu kota pada Rabu. - Foto BERNAMA
Hari kelepasan am gantian negeri Sabah pada 2 April
30 Mac ditetapkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sabah sempena ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Tahap kesiapsiagaan hospital pada tahap tertinggi - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan bahawa kesiapsiagaan hospital, khususnya Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD), berada pada tahap tertinggi sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri ini, dengan penggiliran cuti petugas dan pengurusan SMART Bed Monitor System (SBMSys) yang cekap.
2.77 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama sempena Aidilfitri ini
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik kepada 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Langkah-langkah seperti pengaktifan Smart Lane di 28 lokasi, larangan pemanduan kenderaan barangan pada 29-30 Mac dan 5-6 April, serta penambahan kemudahan sementara di lebuh raya diambil bagi mengurangkan kesesakan. Pengguna digalakkan merancang perjalanan dengan merujuk aplikasi MyPLUS-TTA dan Travel Time Advisory (TTA) serta mendapatkan kemas kini trafik melalui media sosial LLM atau Pusat Pengurusan Trafik LLM yang beroperasi 24 jam.

Android kini dibangunkan secara persendirian oleh Google
Android masih sumber terbuka, tetapi kemas kini kod sumber AOSP akan diterbitkan dengan kekerapan lebih rendah.

Syed Yasir Arafat lepaskan jawatan CEO Ekuinas pada 31 Mac
Aliff Omar Mohamad Omar yang kini memegang jawatan Pengarah Kanan, Pelaburan akan mengambil alih sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.
Op Selamat 24: Polis fokus enam kesalahan utama di jalan raya
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama jalan raya dalam Op Selamat 24 yang berlangsung dari 23 Mac hingga 4 April.
Timbalan Pengarah JSPT, ACP Fauzi Osman, menyatakan bahawa kesalahan seperti memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, dan menggunakan telefon bimbit akan diperketatkan penguatkuasaannya.
Timbalan Pengarah JSPT, ACP Fauzi Osman, menyatakan bahawa kesalahan seperti memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, dan menggunakan telefon bimbit akan diperketatkan penguatkuasaannya.
[TERKINI] Kemenangan bukan tiket untuk angkuh
Perdana Menteri menegaskan kemenangan yang diraih bukan tiket untuk bersifat angkuh, sebaliknya ia memberi mesej kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam dalam menyelesaikan permasalahan.

Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.47 mata kepada 1,514.58 daripada 1,518.05 pada Rabu.

Terima kasih TMJ - Faisal Halim
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, meluahkan rasa bersyukur apabila dapat kembali menyarung jersi negara selepas setahun tidak dapat melakukannya.

Tontonan YouTube Shorts akan dikira walaupun pengguna tatal untuk langkau
Bermula 31 Mac 2025, walaupun pengguna tatal dan langkau video Shorts yang terpapar ia akan dikira sebagai telah ditonton.

Sesi pendengaran atlet olahraga gagal doping bulan depan - ADAMAS
Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lepas, dijadual menjalani sesi pendengaran kes pada awal bulan depan.

Cukai kerajaan P. Pinang: Kerajaan negeri sedia kurangkan bayaran untuk kes tertentu
Kerajaan negeri Pulau Pinang sedia menimbangkan pengurangan kadar pembayaran cukai taksiran tahunan bagi pembayar yang mempunyai alasan munasabah.

Tiada niat hina PAC - Zambry
Zambry keluar tinggalkan sesi pendengaran awam PAC kerana membantah sesi pendengaran itu diadakan secara terbuka.