HANGZHOU: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom percaya beliau boleh mencabar pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 jika kemenangan terhadap wakil tuan rumah, Zhou Yu, pada saringan pertama separuh akhir acara pecut individu tidak dibatalkan.
Pada saingan di Velodrom Chunan Jeshou di sini, kemenangan pelumba berusia 27 tahun itu dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas Shah Firdaus memasuki lorong lawannya itu semasa pusingan akhir.
Pada saringan separuh akhir kedua, pelumba negara itu melakukan kesilapan apabila membenarkan Zhou Yu mendahului dengan melakukan kayuhan bertenaga untuk sampai ke garisan penamat dan mengesahkan tempat ke final.
"Saya agak sedih kerana tenaga amat baik sekali tetapi tersingkir selepas memenangi saringan pertama. Saya tidak tahu apa sebabnya ...mereka kata terdapat sedikit sentuhan badan.
"Tetapi saya rasa itu perkara biasa...anda boleh dilihat trek itu agak sukar untuk dikendalikan. Semua pelumba melakukan perkara yang sama tetapi tiada apa kita boleh lakukan. Saya boleh mencabar pingat emas dan merangkulnya dengan mudah," katanya dalam temu bual selepas saingan tersebut.
Shah Firdaus, yang memenangi gangsa acara pecut berpasukan pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia, berkata beliau memutuskan untuk tidak bersungguh-sungguh mengejar Zhou You pada saringan kedua separuh akhir kerana mahu 'menyimpan tenaga untuk penentuan pingat gangsa.
Pada penentuan pingat gangsa, Shah Fridaus beraksi cemerlang untuk menewaskan pelumba tuan rumah, Xue Chenxi, 2-0, untuk meraih pingat sulungnya pada temasya Sukan Asia.
Pingat emas dalam acara itu dimenangi oleh Otai Kaiya dari Jepun yang menumpas Zhou Yu dalam dua pusingan di pentas akhir.
Sementara itu, pengurus pasukan skuad negara, Mohd Izham Mohamad, mengakui Shah Firdaus secara tidak sengaja memasuki laluan Zhou Yu pada pusingan akhir.
"Trek di sini agak keliru sedikit. Shah Firdaus tersilap masuk ke laluan pelumba China itu kerana agak sukar untuk kawal basikal ketika kelajuan tinggi.
"Ikut peraturan, kita tidak boleh masuk ke lorong lawan selepas mula pecutan, kalau tidak memang peluang tinggi untuk mara ke final," katanya.
Esok, Shah Firdaus sekali lagi berpeluang untuk merangkul pingat apabila turun dalam acara keirin bersama-sama Muhammad Fadhli Zonis yang mengambil alih tempat yang ditinggalkan Datuk Azizulhasni Awang.
Azizulhasni, penyandang pingat emas acara pecut individu, terpaksa menarik diri daripada temasya itu selepas mengalami kecederaan susulan kemalangan ketika sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan, dua minggu lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Kemenangan pelumba itu dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas Shah Firdaus memasuki lorong lawannya itu semasa pusingan akhir. - Gambar fail

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.

Sukan Asia: Muhammad Shah Firdaus raih gangsa keirin
Ini merupakan pingat gangsa kedua individu yang diraih pelumba kelahiran Johor itu, selepas melakukannya dalam acara pecut semalam.

Sukan Komanwel: 'Menang gangsa macam emas, hadiah untuk hari jadi ayah'
Muhammad Firdaus Shah mengakui amat teruja dengan pingat pertama diraihnya pada temasya sukan berprestij itu.

Azizulhasni tetap wira sebenar negara - PM Muhyiddin
Muhyiddin juga berharap pada sukan olimpik akan datang, acara keirin lelaki dapat menyumbang pingat emas kepada negara.

Azizulhasni wira, Shah Firdaus juga kebanggaan negara
Tiada istilah kecewa apabila Azizulhasni, atau mesra disapa Jijoe, membawa pulang pingat perak.

Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo
Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis.

Azizulhasni, Shah Firdaus dijangka terima vaksin Jun depan
Kedua-dua jaguh berbasikal negara itu merupakan antara 35 pelumba yang disenaraikan PKBM, untuk menerima suntikan vaksin tersebut.

Azizulhasni, Shah Firdaus kuasai Kejohanan Trek Elit Victoria, Harrif gegar Turki
Pelumba berbasikal lebuh raya Mohd Harrif Saleh dari pasukan Terengganu Cycling team (TSG) menjuarai Grand Prix (GP) Velo Manavgat di Turki.