awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM

Bernama
Bernama
06/03/2025
22:00 MYT
Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Shahidan mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan. - Foto Facebook/Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR: Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.
Shahidan bagaimanapun berkata sekiranya ada individu yang diyakini berupaya membawa perubahan lebih baik kepada KOM, beliau bersedia untuk berundur dan memberikan sokongan penuh kepada calon berkenaan demi kemajuan olahraga negara.
"Insya-Allah, buat masa sekarang ini saya akan bertanding untuk mempertahankan kerusi presiden KOM.
"Saya juga tidak ada masalah untuk lepaskan jawatan presiden sekiranya lawan saya itu adalah yang boleh bagi sesuatu lebih baik untuk KOM," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ahli Majlis KOM di sini pada Rabu.
Shahidan pernah menerajui KOM dari 2006 hingga 2012, sebelum kembali memimpin badan induk itu pada Jun 2022.
Pada pemilihan berkenaan, beliau menewaskan penyandang ketika itu Datuk SM Muthu dengan kelebihan empat undi.
Dalam pada itu, Shahidan berkata sekiranya beliau sekali lagi dipilih memegang jawatan berkenaan, keutamaannya adalah untuk memberi fokus kepada persiapan atlet bagi menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand pada Disember ini.
"Sukan SEA ini adalah mini Olimpik di peringkat Asia Tenggara. Kita kena berusaha bersungguh-sungguh supaya kita mendapat lebih banyak pingat seperti yang menteri (Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh) sebutkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#pertahan
#Presiden KOM
#pemilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan