KUALA NERUS: Pemain pertahanan Terengganu FC (TFC), Shahrul Nizam Ros Hasni meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat beraksi pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City (KL City) FC di Stadium Cheras, Ahad ini.
Dia yang mendapat jolokan 'kereta kebal' digantung satu perlawanan selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil ketika beraksi menentang Sri Pahang FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Selasa lepas.
Pemain kelahiran Kelantan itu mengakui kesilapannya yang telah menjejaskan pasukan dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan.
"Saya akui kecewa apabila dikenakan kad merah. Tetapi saya perlu belajar daripada kesilapan dan terus pandang ke depan.
"Terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan yang tidak menuding jari, malah memberikan kata-kata semangat untuk saya maju ke depan," katanya kepada Bernama.
Selain sokongan rakan dan jurulatih, Shahrul Nizam turut melahirkan rasa kagum dengan penerimaan dan sokongan yang ditunjukkan oleh peminat setia skuad Penyu.
"Biasanya jika pemain dikenakan kad merah, peminat akan marah dan pelbagai komen negatif akan menyusul di media sosial selepas itu.
"Tetapi situasi sebaliknya berlaku apabila mereka memberi kata-kata perangsang untuk saya melupakan insiden terbabit, saya rasa begitu terharu dan dihargai," katanya.
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan rakan sepasukan supaya sentiasa waspada dengan ancaman dan kelicikan skuad The City Boys yang dinobatkan sebagai naib juara Piala Konfederansi Asia (AFC) 2022 baru-baru ini.
Katanya sebagai juara Piala Malaysia 2021, KL City pastinya akan memberi tentangan sengit kepada TFC dalam usaha mempertahankan piala paling berprestij di Malaysia itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022

Shahrul Nizam diasak pemain Sri Pahang FC ketika aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 1 Nov lalu. - Foto Facebook/Terengganu FC

AWANI Ringkas: ‘Najib tak pernah rahsiakan akaunnya akan terima dana besar’
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007874/33867771591675432059566_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Peruntukan tahunan Ahli Parlimen dikurangkan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta. - Sekolah pagi bermula jam 8, bukan jadi keutamaan. - Penjara Sungai Buloh semakin sesak, melebihi kapsiti maksimum. - Suhakam bimbang kebajikan 36 kanak-kanak di Depoh Imigresen Lenggeng. #AWANInews

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar
Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Josue, Morales hampir bergelar pemain naturalisasi
Stanley bagaimanapun menjelaskan sehingga kini, pihak kelab masih mengkategorikan Paulo dan Romel selaku pemain import.

Skuad bola sepak Selangor 1995 terima rumah selepas 27 tahun
26 anggota skuad Selangor pada tahun 1995 masing-masing bakal menerima sebuah pangsapuri awal tahun hadapan.

Piala Malaysia: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada JDT, Selangor
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak JDT atas kejayaan menjulang kejuaraan Piala Malaysia.

Arif Aiman syukur raih treble pada usia muda
Arif Aiman bersyukur kerana terus mendapat peluang dan kepercayaan dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan.

Kejayaan luar biasa JDT - Mohd Farizal
Mohd Farizal dan rakan sepasukan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua pertandingan domestik musim ini iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Keletihan antara punca Selangor FC hilang fokus - Sharul Nazeem
Sekiranya Selangor mampu menyempurnakan deretan peluang pada babak pertama perlawanan, besar kemungkinan keputusan berpihak kepada mereka.

Piala Malaysia: Cheng Hoe bangga, puji semangat juang Selangor
Selangor berjaya mengejutkan JDT apabila mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Herlison Caion pada minit ke-45.

Piala Malaysia: JDT muncul juara, atasi Selangor 2-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Rakyat Johor saksikan aksi final Piala Malaysia di skrin gergasi
Dataran MBJB berubah wajah apabila dianggarkan lebih 2,000 penyokong JDT hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.