Sama hebat, itulah pencapaian luar biasa dua gimnas negara N. Shasangari Sivaneswary dan Koi Sie Yan yang melakar sejarah pada Sukan SEA ke-28 apabila meraih dua pingat emas dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan, di sini hari ini.
Lebih manis lagi, kejayaan tersebut adalah penampilan pertama kali kedua-dua gimnas berusia 16 tahun itu dalam temasya sukan dwitahunan kali ini.
Shasangari dan Sei Yan, masing-masing berjaya menarik perhatian juri dengan persembahan terbaik dan mengumpul mata yang sama iaitu 60.250 mata menerusi empat disiplin - gelung, bola, belantan dan riben.
Pingat gangsa diraih oleh Panjarat Prawatyotin dari Thailand yang mengutip 57.350 mata. Tiada pingat perak diberikan berikutan dua gimnas Malaysia meraih dua pingat emas dalam acara tersebut.
Bagi Shasangari, beliau menyifatkan kejayaan mereka itu hari ini, adalah satu 'keajaiban' dan permulaan terbaik untuk gimnas negara meraih lebih banyak kejayaan pada kejohanan lebih tinggi.
"Kami tidak sangka dapat meraih dua pingat emas dalam acara ini...sebab kami hanya sasarkan satu pingat emas dan satu pingat perak. Kami raih dua pingat emas untuk negara.
"Kejayaan kami hari ini adalah luar biasa tetapi tiada yang mustahil. Kami hanya fokus untuk menampilkan persembahan yang baik tanpa menghiraukan sorakan penyokong... hanya kami, muzik dan peralatan," kata Shasangari.
Sie Yan pula berkata pasukan gimnas negara melakukan persediaan terbaik dengan menyertai beberapa pertandingan di luar negara sebagai persiapan ke Sukan SEA kali ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir menyaksikan persembahan gimnas negara serta menyampaikan pingat kepada pemenang.
Bernama
Sun Jun 14 2015
Shasangari dan Sei Yan, masing-masing berjaya menarik perhatian juri dengan persembahan terbaik dan mengumpul mata yang sama iaitu 60.250 mata menerusi empat disiplin. - Foto Bernama
Pengwujudan dua negara berdaulat satu penyelesaian
Perdana Menteri Jordan, Bisher Hani Al Khaswneh berkata Israel terus melakukan kesilapan dengan menyerang gaza dan berharap untuk mendapat hasil yang berbeza. Beliau turut berkata pengwujudan dua negara berdaulat adalah satu penyelesaian asas yang enggan difahami dan diterima Israel.
PETRONAS dagangan jual 16 bilion liter bahan api, perolehan RM37.55 bilion
Ini laporam yangh baharu kami terima.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
Hukuman gantung lelaki bunuh, tidur bersama mayat rakan, diganti penjara 30 tahun
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat
Pelaksanaan kelas terampung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
MINDEF, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan satu tabung khas ‘Tabung Tragedi Lumut 24’ bagi memudahkan warga ATM serta orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada waris keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas.
Konflik Gaza perlukan kerjasama dunia
Ketegangan konflik Gaza jadi tumpuan hari terakhir WEF di Riyadh, Arab Saudi.
Rampasan 30 kg ganja, lebih 1 tan daun ketum
Polis Perlis menumpaskan kegiatan penyeludupan ganja dan daun ketum dengan merampas 30kg ketulan mampat dadah jenis ganja bernilai RM93,000 dan daun ketum seberat 1.02 tan bernilai RM10,200.
LBS akhiri kempen tawar hadiah RM1.5 juta buat 1,400 pembeli
LBS mengakhiri kempen Fabulous Extra dengan hadiah RM1.5 juta terdiri daripada Perodua Axia, motosikal, set teater rumah dan basikal gunung buat 1,400 pembeli bertuah.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.
Shasangari, Sie Yan raih dua pingat emas dalam acara sama
N. Shasangari Sivaneswary dan Koi Sie Yan melakar sejarah apabila meraih dua pingat emas dalam acara gimnastik berirama individu keseluruhan.