awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shereen lebur rekod 30 tahun milik Rabia

Bernama
Bernama
16/04/2023
05:30 MYT
Shereen lebur rekod 30 tahun milik Rabia
Shereen berjaya memperbaharui rekod milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam iaitu 52.56s yang dilakukan pada 1993, di Filipina. -Bernama
KUALA LUMPUR: Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy meleburkan rekod 400 meter (m) kebangsaan yang telah berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80 saat (s) di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hilmer Lodge itu, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota, berjaya memperbaharui rekod milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam iaitu 52.56s yang dilakukan pada 1993, di Filipina.
Menurut laman sesawang kejohanan itu, https://finishedresults.trackscoreboard.com anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary itu menamatkan saingan di kedudukan kelima di belakang Ziyah Holman dari University of Michigan yang menduduki tangga keempat dengan 51.60s.
Pada Mac tahun lalu, Shereen mula mencuri tumpuan apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan milik Noraseela Mohd Khalid (54.58s) yang dicipta pada 2006 dengan catatan masa 53.79s.
Beliau kemudian memperbaharui rekod berkenaan dengan catatan 53.47s ketika Kejohanan Bearson Gathje Classics di Minnesota, Januari lalu sebelum sekali lagi membuat kejutan pada Kejohanan Olahraga Jemputan Lewis Illinois, Chicago dengan catatan 52.87 saat (s) pada Febuari dengan memenangi pingat emas.
Shereen kemudiannya terus menampilkan aksi terbaik apabila sekali lagi menggenggam emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia, dengan merekodkan 52.27s pada bulan lalu.
Atlet berusia 25 tahun itu merupakan salah seorang wakil negara yang akan menggalas cabaran dalam temasya Sukan SEA Kemboja pada Mei ini bagi acara 400m dan 4x400m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shereen Samson Vallabouy
#pecah rekod 400m kebangsaan
#Rabia Abdul Salam
#rekod 30 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan