awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shereen masih berharap untuk ke Olimpik Paris 2024

Bernama
Bernama
25/06/2024
14:09 MYT
Shereen masih berharap untuk ke Olimpik Paris 2024
Shereen berkata, dia akan menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh KOM dengan hati terbuka selepas bekerja keras untuk melayakkan diri ke temasya sukan dunia paling berprestij itu. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Pemegang rekod kebangsaan 400 meter (m) wanita negara Shereen Samson Vallabuoy masih berharap untuk beraksi di Sukan Olimpik 2024 di Paris walaupun gagal melayakkan diri secara merit melalui catatan masa atau ranking dunia dalam acara kegemarannya.
Atlet berusia 25 tahun itu berkata walaupun terdapat kemungkinan untuk beralih kepada acara 100 m dalam pertandingan itu, dia akan menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dengan hati terbuka selepas bekerja keras untuk melayakkan diri ke temasya sukan dunia paling berprestij itu.
"Saya fikir Muhammad Azeem Fahmi dan saya telah bekerja keras. Kesimpulannya, kami berdua mahu mendapatkan wild card dan bertanding di Olimpik.
"Apa jua keputusannya, saya akan bersyukur dan gembira untuk kami berdua dan menerimanya," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Terdahulu, Shereen gagal layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun beliau memenangi pingat emas dalam acara 400 m wanita pada Terbuka Kazakhstan di Almaty Sabtu lepas dengan masa 52.60 saat (s) kerana ia tidak cukup untuk melepasi masa kelayakan 50.95s untuk tiket automatik ke Olimpik Paris.
Sukan Olimpik 2024 dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Sementara itu, Shereen berkata sekiranya tiket wild card tidak memihak kepadanya, dia masih berharap diberi peluang untuk meneruskan latihan di Amerika Syarikat di bawah bimbingan jurulatih Darrick White.
Beliau berkata latihan di Amerika Syarikat adalah baik untuknya dalam mempersiapkan diri menghadapi acara-acara besar seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel yang kedua-duanya pada 2026.
"Saya tidak tahu bagaimana keadaannya selepas ini, jadi saya akan berjumpa dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membincangkan masa depan saya. Matlamat jangka panjang saya adalah untuk bertanding di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
"Saya rasa larian saya lebih mantap dan tidak terhenti seperti sebelum ini, dan saya juga dapat melihat banyak peningkatan. Saya ingin meneruskan latihan di sana untuk tahun-tahun akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#hati terbuka
#ranking dunia
#tiket automatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan