KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersetuju dengan inisiatif pembaharuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperkenalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga tempatan musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata pelaksanaan sistem VAR bukan sahaja memenuhi tuntutan bola sepak semasa, malah permintaan pemain dan pasukan serta keinginan penyokong.
Bagaimanapun, beliau berpendapat pelaksanaan sistem berkenaan bukan satu bentuk penyelesaian total kepada isu yang timbul berkaitan mutu pengadil negara sekali gus mengharapkan lebih banyak usaha dijalankan bagi meningkatkan tahap kualiti barisan pegawai perlawanan.
"Dalam Liga Perdana Inggeris masih ada isu VAR, di Piala Dunia akan datang pun akan ada...saya percaya FAM juga mengambil langkah yang sangat proaktif dari segi penambahbaikan mutu pengadilan.
"Jadi selain pelaksanaan dan kajian VAR, program memperkasa pengadil dari segi keputusan di padang dan keputusan tidak berkaitan VAR kerana sistem itu bukan pemutus segala-galanya dalam sesuatu perlawanan...hal itu juga harus ditingkatkan," katanya.
SUKAN-BOLA SEPAK (VAR) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran set koleksi setem khas sempena Piala Malaysia 2022 oleh Pos Malaysia dan MFL di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Menjelang saingan Liga Super 2023 yang bakal menampilkan 16 pasukan, Stuart berharap persembahan pengadil akan mengikut tranformasi yang dilakukan dalam meningkatkan nilai bola sepak tempatan.
"Secara umumnya saya percaya standard pengadilan di Malaysia adalah adil...tetapi bolehkah diperkasa dan diperbaiki? sudah tentu," katanya.
Semalam FAM menyatakan kesediaan untuk memperkenalkan sistem VAR dalam kancah saingan Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan serta tertakluk kepada perlawanan tertentu seperti peringkat separuh akhir dan akhir.
Sementara itu, Pos Malaysia dan MFL hari ini mengeluarkan set Setem Ku edisi terhad Piala Malaysia 2022 yang menampilkan beberapa pemain terpilih sebagai memberi penghormatan kepada semua kelab yang bertanding.
Set lengkap akan disertakan dengan tiga sampul surat, tiga poskad dan set folder yang direka dengan teliti serta mempunyai nombor siri. Sejumlah 1,800 set folder untuk direbut yang dijual pada harga RM45 setiap satu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022

Stuart berkata, pelaksanaan sistem VAR bukan sahaja memenuhi tuntutan bola sepak semasa, malah permintaan pemain dan pasukan serta keinginan penyokong. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Petaling Jaya, Manjung, Kluang bandar paling bahagia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Hannah bantu siasatan polis program Jom Ziarah Gereja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Haji: Layanan dan perkhidmatan sama kepada jemaah B40, M40, T20
Perkara yang membezakan ialah bayaran mereka atas dasar kelayakan kemampuan.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Menteri harap Iron Maiden, Metallica kembali lagi buat konsert di Indonesia
Kemasukan artis antarabangsa boleh lonjak sektor pelancongan muzik.

Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun
Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang Murdoch di California.

Bekas polis sebak kenang tragedi dalam serangan hendap Komunis
Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak.

Sasaran Sukan SEA perlu realistik, bukan 'syok sendiri' - CDM
Sasaran pingat yang diberikan perlu berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

'Ramai tak minat naik komuter sebab lambat'
Kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama.

Hamidin, Collina bincang penggunaan VAR dalam bola sepak tempatan
Penggunaan VAR adalah antara perkara penting dibincangkan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam pertemuannya dengan Pierluigi Collina di Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda semalam.

EPL: Skipp, Kane tambah derita Chelsea
Kedudukan Potter yang dikritik hebat akhir-akhir ini semakin perit susulan satu lagi kekalahan teruk di Stadium Tottenham Hotspur.

EPL: VAR selamatkan Chelsea daripada ditewaskan West Ham
Keputusan VAR pada lewat permainan menyelamatkan Chelsea daripada tewas di tangan seteru London, West Ham, untuk keputusan 1-1.

Jamah sos tomato setelah 24 hari hanyut di laut
Francois sedang membuat pembaikan pada botnya di pulau Saint Martin Disember lalu apabila cuaca buruk menghanyutkannya ke laut.

Penggunaan teknologi VAR akan diumum dalam masa terdekat - FAM
FAM akan membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah sukan bola sepak negara dalam masa terdekat.

Perlu usaha sama FAM, MFL untuk biaya kos VAR - Naib Presiden FAM
Pengeluaran dana bagi menampung kos penyediaan peralatan teknologi VAR, memerlukan usaha sama FAM dan MFL.

Sistem VAR: MFL setuju tetapi mahu mutu pengadil ditingkatkan
Pelaksanaan sistem VAR bukan sahaja memenuhi tuntutan bola sepak semasa, malah permintaan pemain dan pasukan serta keinginan penyokong.

VAR mungkin diguna dalam Piala FA, Piala Malaysia musim depan - FAM
Badan induk itu kini dalam proses penelitian dan perbincangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

FAM kumpul data penting daripada dua syarikat VAR
FAM mengadakan perjumpaan bersama syarikat Hawk-Eye Innovations dan Mediapro baru-baru ini bagi mendapatkan butiran mengenai teknologi itu.

Final Piala AFC: Pertukaran venue demi prestij kejohanan - AFC
Jelas Windsor, pemilihan venue itu bukanlah keputusan daripada pihak AFC, sebaliknya ia diputuskan oleh KL City.