awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Fatimah tekad kejar 'wildcard' ke Olimpik Rio

Astro Arena
Astro Arena
19/06/2016
14:08 MYT
Siti Fatimah tekad kejar 'wildcard' ke Olimpik Rio
Bagi Fatimah, dia sendiri masih tidak pasti sejauh mana peluangnya untuk merebut tiket 'wildcard' berkenaan. - Gambar fail
PELARI pecut kebangsaan, Siti Fatimah Mohamad, bertekad memperbaharui rekod peribadinya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Kazakhstan pada 4 Julai ini, seterusnya dapat mencerahkan lagi peluangnya untuk meraih tiket 'wildcard' ke Sukan Olimpik Rio, Ogos ini.
Setakat ini, masih tiada lagi atlet olahraga wanita negara yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik secara merit.
Tetapi, mereka berpeluang cerah untuk menerima tiket 'wildcard' ke Rio berdasarkan prestasi dalam beberapa kejohanan sebelum ini.
Bagi Fatimah, dia sendiri masih tidak pasti sejauh mana peluangnya untuk merebut tiket 'wildcard' berkenaan.
Justeru, penting baginya untuk terus cemerlang dalam Terbuka Kazakhstan bagi mendapat keputusan memberangsangkan, sekali gus layak ke Rio.
"Tidak tahu lagi, nanti kita tengok pada rezekinya nanti," katanya.
Bagi Fatimah, beraksi di Kazakhstan akan memberi cabaran untuknya kerana sudah sekian lama tidak menyertai kejohanan pada bulan puasa dan penting untuk memastikan keadaannya kekal cergas.
"Saya beraksi di Terbuka Thailand (pada bulan puasa), tetapi sudah lama. Sebenarnya saya tidak perlu fikir banyak sangat. Hanya tumpukan perhatian di trek," tambahnya.
Topic Berkaitan
#layak secara merit
#Olimpik Rio
#pelari pecut kebangsaan
#Siti Fatimah Mohamad
#wildcard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan