awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
MALAYSIA
16 kali terbaik dunia, AirAsia pacu nama Malaysia di persada antarabangsa - Fadillah
MALAYSIA
Perkongsian swasta-awam, infrastruktur adalah kunci kepada teknologi digital dan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Siti Rahmah menang mudah, tepati sasaran ke separuh akhir

Bernama
Bernama
29/07/2022
22:00 MYT
Siti Rahmah menang mudah, tepati sasaran ke separuh akhir
Aksi pesilat Malaysia Siti Rahmah Mohamed Nasir (kanan) ketika berdepan pesilat Vietnam Quang Thi Thu Nghia. - Foto BERNAMA
MELAKA: Keputusan 40-1 yang diraih juara dunia empat kali Siti Rahmah Mohamed Nasir ketika menundukkan pesilat India yang sekali gus melayakkannya ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 petang ini membuktikan pesilat wanita itu sukar ditandingi.
Pada aksi pembuka tirai kategori Tanding Wanita pada Jumaat, atlet kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu mudah 'menumbangkan' lawannya Sudha Chauhan dalam aksi Kelas F kategori itu.
Meskipun aksinya itu boleh dianggap 'terlalu mudah' malah mendahului 29-0 pada pusingan pertama, Siti Rahimah bagaimanapun kekal dengan rentak persembahan berhati-hati dan penuh disiplin.
Lebih menarik, Siti Rahimah 'bertempur' hanya dalam dua pusingan sebelum Sudha menarik diri sebaik tamat pusingan kedua, sekali gus memudahkan kemaraan pesilat negara itu ke pusingan separuh akhir.
Bagi aksi separuh akhir hari ini, Siti Rahmah akan bertemu pesilat Singapura Nur Shaqira Sheik Alaudin yang sebelum itu mendapat bye.
Turut mengiring juara bertahan itu adalah Mohd Fauzi Khalid dalam Kategori Tanding yang menewaskan peserta Amerika Syarikat dengan keputusan 47- (-) 3 yang beraksi dalam Kelas G.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu bakal berdepan wakil Thailand Suthat Bunchit yang sebelum itu menewaskan Joash M. Cantoria dari Filipina dengan keputusan 62-14.
Begitupun, aksi petang ini tercalit sedikit kontroversi membabitkan perlawanan seorang lagi pesilat negara, Zulfazly Zulfakar yang tewas 19-23 kepada Abdul Raazaq Abdul Rashid dari Singapura yang beraksi dalam Kelas E.
Kontinjen silat negara mempertikaikan keputusan memberi kemenangan kepada atlet dari Singapura itu selepas mendakwa berlaku kesilapan sewaktu pemberian mata oleh wasit yang bertugas di sepanjang tiga pusingan perlawanan berlangsung.
Sehubungan itu, pengurus pasukan kebangsaan Datuk Mohd Arpan Shaari mengemukakan bantahan atas keputusan perlawanan tersebut dan setakat ini masih menunggu keputusan dari seketariat kejohanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siti Rahmah Mohamed Nasir
#silat
#Kejuaraan Pencak Silat Dunia
#Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami