Sukan bola sepak di Malaysia sememangnya didominasi kaum lelaki, namun kini kaum hawa mula diberi mandat untuk menerajui pasukan bola sepak.
Walaupun nama Siti Zubaidah Abdul Jabar, 56, Presiden PKNS FC kurang meniti di bibir peminat bola sepak tempatan berbanding rakan sejawatnya Tunku Tun Aminah dari pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), beliau adalah 'tulang belakang' kelab PKNS.
Ketua Pegawai Korporat PKNS itu berkata beliau amat terkejut apabila dilantik sebagai presiden kelab bola sepak itu pada 2014, memandangkan beliau langsung tidak berminat dengan sukan tersebut, dan tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
Beliau yang berkulusan pengajian sains sosial dengan pengkhususan dalam bidang pengajian ASEAN dari Universiti Malaya, tidak menjadikan kekurangan pengetahuannya itu sebagai kelemahan, malah terus membuat kajian dan membaca buku berkaitan bola sepak, selain turun padang bersama pasukan Kelab PKNS FC.
Sikap terbuka pengurus dan pemain bola sepak PKNS dalam menerimanya sebagai sebahagian daripada pasukan itu telah meringankan bebannya untuk memimpin pasukan itu mencapai kecemerlangan, katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Siti Zubaidah telah menyuntik beberapa revolusi baharu dalam menjadikan skuad itu antara yang terbaik dalam arena bola sepak negara.
Hasil percaturannya merencanakan beberapa strategi telah membuahkan hasil apabila pasukan PKNS FC muncul naib juara Piala FA musim lepas selain naib juara Liga Perdana 2016 yang menyaksikan mereka dinaikkan pangkat ke Liga Super musim ini.
"Sebelum 2014, pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merasakan perlu kepada rombakan besar-besaran bagi memastikan pengurusan kelab dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, seiring ke arah penswastaan liga bola sepak tempatan.
Tuah memihak kepada diri saya kerana dipilih menjadi presiden kelab....mereka mungkin melihat kepimpinan yang ada pada diri saya manakala dari segi pemikiran strategik, mungkin saya lebih ke depan daripada calon lain," katanya.
Selain misi mencipta kejayaan di pentas bola sepak tempatan, beliau berkata harapannya adalah untuk menjadikan PKNS FC sebagai medan melahirkan pemain berkualiti sukan nombor satu negara.
Siti Zubaidah berkata ini mampu dihasilkan kerana PKNS FC mempunyai kira-kira 400 pemain terdiri daripada pelatih akademi sehinggalah pemain profesional selain pasukan teknikal yang merangkumi staf kejurulatihan termasuk jurulatih pasukan.
Beliau berkata sejak 2015, semua pasukan bola sepak dikendali PKNS bernaung di bawah PKNS FC.
"Sebelum tahun 2014, PKNS FC hanya memiliki pasukan yang bermain di liga bola sepak Malaysia tetapi hakikatnya, PKNS mempunyai banyak pasukan bola sepak seperti pasukan akademi dari umur 8 tahun hingga 16 tahun selain pasukan bola sepak Kelab Sukan dan Rekreasi PKNS," kata anak jati Banting itu.
Katanya, langkah itu penting kerana ia bertepatan dengan satu daripada syarat transformasi penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) menjelang 2018 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu setiap pasukan mempunyai pasukan akademi dan pelapis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2017
Siti Zubaidah terkejut apabila dilantik sebagai presiden kelab bola sepak itu pada 2014. - Bernama
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.