awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad B-23 harungi sekurang-kurangnya lima aksi persahabatan

Bernama
Bernama
10/03/2024
07:47 MYT
Skuad B-23 harungi sekurang-kurangnya lima aksi persahabatan
Pertemuan persahabatan itu membabitkan pasukan India pada 22 dan 25 Mac, China pada 3 April dan Qatar (6 atau 7 April) namun masih mencari satu pasukan lagi bagi 10 atau 11 April. - Gambar fail/Stadium Astro
PUTRAJAYA: Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara akan mengharungi sekurang-kurangnya lima perlawanan persahabatan sebagai aksi pemanas badan untuk menghadapi kempen Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada 15 April hingga 3 Mei ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman berkata pertemuan itu membabitkan pasukan India pada 22 dan 25 Mac, China pada 3 April dan Qatar (6 atau 7 April) namun masih mencari satu pasukan lagi bagi 10 atau 11 April.
Noor Azman memaklumkan hanya aksi bertemu India akan diadakan di tanah air sebelum anak buah Juan Torres Garrido itu berangkat ke Qatar pada 1 April ini.
"Pasukan B-23 akan berkumpul pada 17 Mac dan adakan perlawanan persahabatan dengan India pada 22 dan 25 Mac namun venue belum pasti lagi. Cadangan setakat ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Stadium UiTM Shah Alam atau UM Arena namun ia secara tertutup," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Bola Sepak Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-10 di Taman Ekuestrian Putrajaya hari ini.
Ditanya sekiranya aksi persahabatan itu cukup bagi memastikan skuad B-23 menyerlah di Qatar yang juga menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, Noor Azman yakin langkah itu pastinya membantu mereka menambah keyakinan beraksi di pentas berpestij berkenaan, selain menegaskan sasaran serta pemilihan pemain bergantung sepenuhnya kepada pengendali import dari Sepanyol berusia 44 tahun itu.
"Pastinya setiap pasukan memang berimpian untuk pergi pusingan ke-16 dan itulah kita punya (target) tapi tunggu daripada ketua jurulatih ataupun pihak pengurusan akan bagi kenyataan.
"Berkenaan (pemain sensasi negara Arif Aiman Hanapi)...saya tak berani nak cakap lebih tapi kalau ikut daripada segi pandangan saya, biar dia fokus kepada pasukan kebangsaan," katanya.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait dan hanya dua pasukan terbaik kumpulan akan mara ke suku akhir.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM Datuk Suraya Yaacob memaklumkan saingan Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 akan dimeriahkan dengan penyertaan 10 pasukan yang akan menggunakan kaedah timbal balik dengan 90 perlawanan secara keseluruhan.
Suraya berkata keutamaannya ketika ini adalah memastikan kesemua pasukan mempunyai pengoperasian yang baik berbanding memperkenalkan kuota pemain import, yang berkemungkinan akan diperkenalkan pada masa hadapan.
"Sekarang ini yang penting adalah pelesenan, pasukan yang masuk kita berikan lesen yang betul kerana pengurusan sangat penting," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad bawah 23 tahun Malaysia
#perlawanan persahabatan
#aksi pemanas badan
#Piala Asia B-23
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan