SPORTS
Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023

Najmudin Akmal (kiri) menjaringkan gol pertama untuk Skuad Harimau Malaya B-22 pada minit ke-74. - Foto Twitter/FAM_Malaysia
SKUAD Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.
Gol pertama skuad bimbingan E. Elavarasan dijaringkan dengan tandukkan cantik Najmudin Akmal pada minit ke-74.
Selang lima minit gawang gol Hong Kong sekali lagi bolos apabila Safwan Mazlan menjaringkan satu lagi gol buat negara pada minit ke-79.
Bagaimanapun, dalam aksi berbaki 10 minit, gawang gol kebangsaan bolos dengan jaringan pihak lawan menerusi Lau Ka Kiu pada minit ke-80.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi akaun Facebook miliknya mengucapkan tahniah atas kemenangan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami