PETALING JAYA: Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya mendapati kekurangan keharmonian dengan wujudnya pecahan dalam pasukan kebangsaan, menjadi antara faktor prestasi hambar di Piala AFF 2020 di Singapura.
Pengerusi badan siasatan itu Datuk Dell Akbar Khan berkata pemain skuad Harimau Malaya mempunyai tiga 'puak' ketika di Singapura, iaitu berpecah mengikut kumpulan pemain tempatan, naturalisasi dan warisan.
Siasatan itu turut merungkai bahawa persiapan singkat pasukan yang jelas tidak cukup, iaitu hanya sehari latihan pusat yang lengkap sebelum bertolak ke Singapura, turut menjadi punca kegagalan dan tersingkir seawal peringkat kumpulan.
Ia berikutan jadual Piala Malaysia 2021 yang berlangsung sehingga 30 Nov, iaitu hanya enam hari sebelum sepak mula aksi sulung menentang Kemboja pada 6 Dis.
Dell Akbar berkata ia merupakan antara 10 dapatan badan siasatan itu, selepas menemuduga beberapa pihak termasuk pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), barisan kejurulatihan dan pemain, selain turut mengakui mengalami kekangan masa dan menerima laporan yang tidak lengkap, terutama melibatkan bahagian teknikal.
Dell Akbar yang merupakan bekas Setiausaha Agung FAM dan pemain kebangsaan, turut sedih apabila bekas jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe tidak dapat hadir ke sesi temu duga, dan hanya dapat menghubunginya menerusi telefon.
"Kami mendapati Cheng Hoe tidak mendapat sebahagian besar khidmat pemain utama kerana beliau beranggapan tidak dapat memanggil beberapa pemain utama daripada beberapa kelab, manakala jawapan daripada Presiden FAM Hamidin Mohd Amin pula bercanggah dengan jurulatih yang berkata boleh mendapatkan mana-mana pemain.
"Satu lagi dapatan kita ialah penetapan sasaran yang dilakukan secara sendirian atau 'silo' oleh pengurus pasukan (Datuk Mohd Yusoff Mahadi), yang menjadi satu bentuk tekanan kepada pasukan kejurulatihan dan pemain," katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini, hari ini.
Beliau berkata badan siasatan bebas mendapati kehadiran pemain naturalisasi, Guilherme de Paula tidak memberikan impak yang besar kepada skuad Harimau Malaya di Piala AFF, yang saingannya lebih intensif berbanding liga domestik.
Kelemahan lain yang ditegur ialah kemampuan pemain yang tidak dapat bersaing di peringkat antarabangsa, percaturan taktikal, kekurangan pasukan sokongan seperti sains dan perubatan sukan, serta kebajikan pemain.
Dell Akbar juga menggariskan 10 cadangan penambaikan (cadangan) untuk pertimbangan FAM supaya kegagalan itu tidak berulang pada masa hadapan.
Ia termasuk menetapkan tempoh minimum 14 hari latihan pusat untuk menghadapi Piala AFF, menyediakan templat laporan yang lebih komprehensif, pelan kontigensi untuk menangani pandemik COVID-19 dan memastikan MFL menyesuaikan jadual liga dengan jadual pasukan kebangsaan.
Mereka juga mencadangkan untuk mewujudkan pasukan prestasi tinggi yang terdiri daripada kakitangan teknikal, sains dan perubatan sukan, penganalisa serta pegawai statistik, seperti yang digunakan di luar negara untuk meningkatkan prestasi pasukan secara lebih berstruktur dan berdasarkan bukti.
"Kita juga berpendapat bahawa tidak perlu meneruskan amalan pelantikan pengurus pasukan dalam kalangan pegawai FAM, jawatan itu seharusnya diberikan kepada ketua jurulatih. Jawatan Ketua Delegasi sebaliknya boleh diperkenalkan jika perlu, dan terhad bagi tugas-tugas acara rasmi sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
Pengerusi badan siasatan itu Datuk Dell Akbar Khan berkata pemain skuad Harimau Malaya mempunyai tiga 'puak' ketika di Singapura, iaitu berpecah mengikut kumpulan pemain tempatan, naturalisasi dan warisan. - Foto BERNAMA
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Nenek umur 75 tahun antara ditahan bersama dadah
Polis Johor merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dilakukan di sekitar Pontian, Sabtu minggu lalu.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Skuad Harimau Malaya kurang keharmonian, wujud budaya berpuak - Dell
Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya mendapati kekurangan keharmonian dengan wujudnya pecahan dalam pasukan kebangsaan, menjadi antara faktor prestasi hambar di Piala AFF 2020 di Singapura.
FAM umum pengganti Cheng Hoe hari ini
Beberapa calon dari dua negara gergasi Asia - Korea Selatan dan Jepun - dilaporkan menjadi pilihan FAM.
Dell Akbar ketuai Badan Siasatan Bebas Harimau Malaya - Hamidin
Bedah siasat laporan prestasi pasukan kebangsaan pada Piala AFF 2020 di Singapura baru-baru ini, bakal dilaksanakan oleh Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya diketuai oleh Dell Akbar Khan.