awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja

Bernama
Bernama
28/04/2018
21:03 MYT
Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja
Malaysia mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B selepas mengalahkan Kemboja 23-0, Taiwan 10-0, Bangladesh 7-4, Pakistan 12-1 dan Singapura 7-1.
Skuad hoki lelaki Bawah-18 tahun negara mencipta sejarah, apabila buat kali pertama layak ke Sukan Olimpik Remaja, selepas menewaskan Korea Selatan pada aksi separuh akhir Kelayakan Asia Sukan Olimpik Remaja 2018 (5 Sebelah) pada Sabtu.
Pada aksi di Stadium Queen Sirikit, Bangkok, Thailand itu, kedua-dua pasukan terikat 4-4, sebelum Malaysia menumpaskan Korea Selatan 5-4 dalam penentuan pukulan penalti untuk mara ke final, sekali gus menempah slot ke Sukan Olimpik Remaja yang dijadual berlangsung di Buenos Aires, Argentina dari 6 hingga 18 Okt ini.
Empat gol padang skuad kendalian Wallace Tan itu dijaringkan Akhimullah Anuar Esook pada minit keempat dan ketujuh; Noor Firdaus Rosdi (minit kelima) dan Amirul Hamizan Azahar (minit ke-22).
Korea Selatan pula menjaringkan gol menerusi Bae Soung pada minit kedua, Chun Semin (minit kelima), Lee Seyong (minit ke-12) dan Jang Pilhyeok pada minit ke-26.
"Ini kali pertama kita layak ke Sukan Olimpik Remaja... Pemain menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk berjuang sehingga ke pukulan penalti terakhir walaupun seri 4-4.
"Kita akan berjumpa India pada final esok. Walaupun kita sedang bergembira sekarang, kita masih ada satu perlawanan yang memerlukan fokus penuh esok (Ahad)," katanya menerusi rakaman suara yang dikongsi kepada Bernama oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi aplikasi WhatsApp.
Untuk rekod, Malaysia mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B selepas mengalahkan Kemboja 23-0, Taiwan 10-0, Bangladesh 7-4, Pakistan 12-1 dan Singapura 7-1.
Sementara itu, skuad wanita gagal mengiringi skuad lelaki ke final, sekali gus impian meraih kelayakan ke Argentina secara automatik tidak kesampaian apabila tewas 2-4 kepada India pada saingan separuh akhir.
Skuad kendalian Yahya Atan itu akan bertemu Korea Selatan pada aksi penentuan tempat ketiga-keempat, pada Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Argentina
#Bangkok
#Bawah-18
#hoki
#Juara
#Kelayakan Asia Sukan Olimpik Remaja 2018
#Korea Selatan
#Kumpulan B
#lelaki
#Malaysia
#Noor Firdaus Rosdi
#skuad hoki lelaki
#Sukan Olimpik Remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan